CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, March 2, 2012

A Teacher I Am (Part 3)

Assalam.

Semasa saya baru memulakan perjalanan saya dalam bidang pendidikan ini, saya tercari-cari apakah 'method' paling sesuai untuk mendidik murid-murid saya. Minggu pertama saya di sekolah, memang saya hampir putus asa. Setiap hari selepas pulang dari sekolah saya akan berkata kepada diri saya,

" I'm indeed not into this, I'm just not born to be a teacher"

Saya  berkata kepada kepada suami saya, 

" Nak berhenti kerja, memang tak boleh. Susah la mengajar ni. It's not just teaching, tapi macam mana nak handle budak-budak. You are a lecturer, you will never understand. Hanya orang yang jadi cikgu sahaja yang tau. Pandai-pandai la siapa yang kata mengajar ni senang. It's so challenging".

Setiap bulan saya berazam mahu berhenti kerja.


Saya download beberapa siri "Supernannny" untuk melihat bagaimana Supernanny menguruskan "super naughty kids". Saya mengajar tahun 3, jadi mungkin teknik yang digunakan boleh saya aplikasikan di dalam kelas.

I even made notes and refer to them in class. Haha :D

First thing first, set classroom rules.
Give warning in a low tone voice, with eye contact.

" Please stop that behaviour, it's not acceptable"

Come down to their level and say; 

"That's not acceptable, I want you to go and stand at the naughty corner".

Naughty corner:

1) Come down to child's level.
2) Make eye contact.
3) Use authoritative voice.
4) Send child to the naughty corner.
5) Get child to apology.

Saya mencuba teknik 'Set the class rules'. Saya membuat perjanjian dengan pelajar. Siapa yang melanggar peraturan kelas ini, akan dihantar ke 'Naughty Corner'. Tetapi saya hanya mampu mengamalkan teknik ini selama dua hari, kerana hari berikutnya murid-murid saya seolah-olah 'gembira' dan berbangga untuk berada di 'sudut nakal' ini. Ya, kerana mereka seolah-olah mendapat green light untuk tidak belajar dan tersengih-sengih di hadapan kelas. Rakan-rakan lain juga tidak fokus belajar kerana seronok melihat rakan mereka yang didenda di hadapan. Malah teknik ini tidak praktikal bagi saya kerana dalam satu masa mungkin ada lima orang pelajar (terutamanya lelaki) yang sengaja membuat 'onar', dan beramai-ramai memeriahkan 'naughty corner' ini. Wah seronoknya, sudahlah tak perlu buat kerja sekolah, boleh sembang-sembang di depan, boleh dapat perhatian cikgu dan kawan-kawan lagi.

Adusss... saya mati akal lagi.

Seterusnya, saya melihat dan mahu belajar dengan cara guru-guru di sekolah saya mendidik. Semuanya mempunyai cara tersendiri, kebanyakkannya memberi saranan kepada saya untuk;

"Mesti garang dan tegas terhadap pelajar-pelajar".

"Kalau garang, baru budak-budak takut".

Ya, saya tahu itu, tetapi pasti ada cara yang lebih baik. Saya juga ada satu lagi perasaan terbuku di hati. Saya juga pernah menjadi pelajar, sekolah rendah, sekolah menengah, dan di universiti. Dan saya masih ingat, masih segar di ingatan saya, siapa dan bagaimana guru yang menjadi kegemaran saya. Bukanlah saya mahu menilai guru-guru saya, tetapi setiap daripada kita pasti mempunyai guru yang paling kita admire dan suka :) Saya kurang suka guru yang garang. Saya kurang suka guru yang suka menjerit. Saya kurang suka guru yang emosi. Yang suka merajuk. Bukan kerana apa, kerana saya rasa saya tidak dapat belajar dengan baik jika berada dalam suasana tertekan dan ketakutan. Maka, saya tidak mahu menjadi guru yang sebegitu kepada pelajar-pelajar saya. Huhuhu ;(

Maka pencarian saya diteruskan. Sehinggalah beberapa hari lalu, selepas empat bulan bergelar guru, Allah mempertemukan saya dengan blog Cikgu Khairulaniza dan blog Ustazah-Engineer. Alhamdulillah, Alhamdulillah. Saya yakin, saya sudah bertemu dengan apa yang saya cari selama ini. MashaAllah, tanpa saya sedari inilah contoh pendidik terbaik kepada semua, siapa lagi kalau bukan Rasulullah SAW yang kita cintai. Allah Allah seronoknya saya apabila membaca laporan Cikgu Khairulaniza dan Ustazah Nurhidayah yang mendorong anak-anak didik mengikut teknik Nabi Muhammad SAW. Semoga Allah merahmati mereka atas perkongsian yang menarik dan bermanfaat :)

Regards, 

Teacher Nabilah ^_^









2 comments:

:: anisjazz ::

nabilah:)

kaknis pun selalu tgk kt tv 'nanny911', x tau la sama x ngan 'supernanny' nblh tgk tu. tp mmg byk teknik yg diorg share.

nway, slmt berusaha muallimah! =)

Hafiz Nabilah

I googled and found out that supernanny (originated in UK) and nanny911(in the US) are two different series, but with the same target which is to manage unmanageable children! hehehe.

Thank u knis,best kan tengok nanny handle the children but I tell you it's NEVER EASY! sbb tu kena belajar n gigih usaha! waaaaa

Post a Comment

lovely comments

Custom Search