CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, February 27, 2012

A Teacher I Am ( Part 2 )

Assalam.

Spread love everywhere you go: First of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbor... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm saying. 
                                                                                                                                         Mother Teresa

Minggu lalu, pembacaan saya melalui buku Chicken Soup for the Soul seperti yang pernah saya sebutkan dalam entri sebelum ini menemukan saya dengan kata-kata ini. Cerita pendek yang pertama dalam buku tersebut menceritakan tentang kajian seorang professor terhadap 200 orang pelajar yang dikategorikan sebagai pelajar 'kelas corot'. Selepas 25 tahun, kertas kajian tersebut diteliti semula oleh seorang professor yang lain untuk melihat bagaimanakah keadaan pelajar-pelajar tersebut. Keputusannya, 176 daripada 200 pelajar tersebut adalah orang-orang yang sangat berjaya, ada diantara mereka yang menjadi peguam, doktor, ahli perniagaan dan lain-lain. Apakah rahsia di sebalik kejayaan mereka? Jawapannya adalah seorang guru perempuan. Apabila ditanya kepada guru tersebut apakah formula magisnya? Beliau menjawab, " Mudah sahaja... Saya menyayangi mereka". ( It's very simple... I loved those boys)

Oh, that simple? Saya pula yang bertanya kepada diri saya. :D

Berbekalkan kepada kisah ini, keesokkan harinya saya memulakan semangat baru untuk menyebarkan "cinta" dan "sayang" kepada pelajar-pelajar saya. Tetapi bagaimana? Oh!!

Saya memulakan percubaan pertama saya di kelas 5 Al-Afghani untuk mata pelajaran Al-Quran dan Tajwid. Mereka adalah pelajar yang cemerlang, bukan pelajar kelas corot. Tetapi, mereka adalah pelajar pandai yang banyak karenahnya :) Selepas membuat tilawah Al-Quran secara beramai- ramai, saya memanggil pelajar secara individu untuk memeriksa bacaan mereka.  Kerana kesuntukan masa, target saya hanya untuk memanggil dua orang pelajar yang kurang lancar bacaan mereka, supaya saya dapat beri penumpuan lebih. Pelajar pertama pilihan saya adalah Husnina, pelajar yang baik dan bersopan santun. Husnina memulakan bacaannya, sambil saya memperbetul bacaannya. Selesai mendengar bacaannya, saya berkata kepada Husnina.

"Husnina tau tak kenapa Muallimah panggil Husnina mai baca kat depan ni, tak panggil orang lain?" saya memulakan bicara.

Husnina hanya menggeleng.

" Sebab Muallimah sayang dekat Husnina. Muallimah tahu Husnina pelajar yang bijak dan rajin. Kalau Husnina tambah lagi usaha, rajin membaca berulang-ulang, Muallimah yakin bacaan Husnina akan bertambah baik dan bagus."

Husnina tersenyum, kemudian pulang ke tempat duduknya.

Hari berikutnya, semasa sesi hafazan surah Yaasin, Husnina menjadi pelajar terawal yang saya panggil untuk tasmi'. Saya agak risau kerana berbanding rakan-rakannya Husnina agak ketinggalan. Ada pelajar sudah sampai ayat ke 50, tetapi Husnina masih tidak sampai 10 ayat.

Selepas mendengar hafazannya yang tersekat-sekat, saya menulis buku rekod hafazannya sambil berkata.

"Muallimah sayang dengan Husnina. Muallimah yakin Husnina dapat hafal lebih banyak lagi. Kalau Husnina tingkatkan usaha, lebih rajin menghafal, mengulang banyak kali, insyaAllah Husnina akan lebih cemerlang. Boleh tak minggu depan Husnina tambah lagi lima ayat? Boleh insyaAllah kan?".

Husnina menggangguk.

Minggu berikutnya, semasa sesi hafazan, saya mendengar hafazan Husnina. Hafazannya lancar. Memang tidak sama dengan minggu-minggu sebelumnya. Husnina berjaya menambah ayat bacaannya sebanyak tujuh ayat. Melangkaui target yang saya tetapkan!

"MashaAllah, hebatnya Husnina hari ini. Husnina berjaya hafaz tujuh ayat, hafazan juga lancar. Very very good!" saya meluahkan rasa gembira.

Pada masa yang sama, hati saya berbunga-bunga. Alhamdulillah, Husnina sudah mendapat momentum kecemerlangannya. 

Alhamdulillah, saya juga mendapat momentum baru untuk terus menyebar "sayang" kepada pelajar-pelajar saya.

"Spread love everywhere you go" :)

Regards,

^_^






2 comments:

tsam_ismail

i can feel the love!gud job dear.nak jadik muallimah jugalah wahhh seronoknyaaa

Hafiz Nabilah

salam there mrs. ibby :) thank u for dropping by, it's getting tougher and i'm still adapting.. hehehe. all the best to u too!

Post a Comment

lovely comments

Custom Search