CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, February 2, 2014

Aiskrim Coklat Sedap dan Mudah

============================
Chocolate Ice Cream with Strawberry Chunks
============================




I am amazed to know how easyyyy it is to make ice cream!

So i made my own last week :)

Because it is so simple, I share the recipe straight away here.

Ingredients:

1 cup of fresh milk
1 cup of cocoa powder
2 cups of non-dairy whipping cream
1/2 cup sugar (depends on your preferences, less sugar less sweet)


Steps:

1) Mix all the ingredients into your mixing bowl, or in a blender. Mix and blend for 5 minutes.

2) Put your ice cream mixture in proper container, with cover.

3) Leave to freeze for 5 hours.

** Don't forget to sprinkle your strawberry chunks before serving.

Oh, and you can always use your creativity to add nuts such as walnuts, crushed almonds or chocolate chips to add more crunchiness in our ice cream

Done!

Enjoy!!

Inspired from : 5 Rencah 5 Rasa

Malay version:

Bahan-bahan:

1 cawan susu segar
1 cawan serbuk koko
2 cawan non-dairy whipping cream
1/2 cawan gula

Cara-cara :

1) Masukkan semua bahan ke dalam mixing bowl atau blender. Putar atau blend selama 5 minit.
Saya gunakan mixer sebab takut blender saya tak sesuai. Resepi asalnya guna blender je. Mudah sangat :)

2) Selepas putar, masukkan ke dalam bekas kedap udara, terus masukkan ke dalam freezer. Bekukan selama 5 jam.

** sebelum bekukan, boleh masukkan coklat cip, kekacang atau kegemaran anda yang lain. Kacau sedikit supaya sebati, kemudian simpan di bahagian sejuk beku. Nyummmm bertambah sedap ala-ala La Creameria!

Wallaa!

Selamat ber'aiskrim' :)

Saturday, February 1, 2014

Baby Food - Chicken Nugget for Hana

================
Home- made Chicken Nugget
================

Bismillah.


Setiap hari, mesti memerah otak, apa yang nak dimasak untuk my 1 year and 4 months old baby (or toddler), Hana Nafisa.. :)

Minggu lepas saya buatkan home-made nugget ayam untuk Hana. A healthy snack hopefully.

Baby pun macam kita juga, bosan-bosan nak kunyah-kunyah makanan yang tak terlalu berat.

Most of the time, saya akan berikan buah untuk Hana as snacks, in between heavy meals.

Alhamdulillah.. So far Hana sangat suka buah. Yang paaaaling favourite dan tak pernah tolak ialah buah oren Sunkist. Amazing, she loves it! As long as tak terlalu masam, she can take it.

Other than that, grapes, apple, mango, dragon fruit and papaya are her favourites. ^_^

So for today, I would like to share my home-made  so easy Chicken Nugget.

No salt, no sugar! -Checked!

Sangat mudah sebenarnya, bahan utama jika mahu gunakan daging ayam sahaja sudah mencukupi, macam nugget yang diproses. Tetapi, saya tambahkan sedikit bahan lain seperti saderi, jagung dan bawang untuk menambah tekstur di dalam nugget ini, di samping memberi khasiat juga, insyaAllah.. :)

Bahan-bahan:

2 ketul dada ayam (untuk 5-7 pieces nuggets)
1/2 bawang besar (dicincang)
1/2 cawan jagung (dicincang)
1 tangkai batang saderi/ daun sup /daun bawang (dipotong halus)
1 cawan serbuk roti (breadcrumb)
1 biji telur (dipukul)
Sedikit tepung jagung (untuk salut daging)

Cara-cara :

1) Daging ayam dikisar halus (gunakan blender atau food processor). Saya blend sahaja.

2) Campurkan daging ayam yang dicincang, bawang besar, jagung dan daun saderi (atau daun sup) ke dalam satu mangkuk. Gaulkan sebati, dan bentukkan mengikut kegemaran. Samada bentuk bebola, leper seperti nugget atau bujur. (Saya bentukkan leper supaya mudah masak ketika digoreng).
Daging ayam dikepal sebelum disalut tepung, telur dan bread crumb.

3) Dah siap dikepal dan dibentuk, golekkan adunan ke dalam tepung jagung.

4) Kemudian, celupkan ke dalam telur, dan golekkan pula di dalam bread crumb.

5) Ulang langkah ini untuk semua daging yang dikepal iaitu, golek di dalam tepung, celup di dalam telur dan langkah terakhir golekkan di dalam serbuk roti.

6) Boleh digoreng terus dalam minyak yang panas. Yang selebihnya simpan di dalam bekas kedap udara dan terus bekukan di bahagian freezer. Boleh terus goreng apabila diperlukan :)
Hana loves them! :)

Selamat mencuba mommies! :)


Custom Search