CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, February 1, 2014

Baby Food - Chicken Nugget for Hana

================
Home- made Chicken Nugget
================

Bismillah.


Setiap hari, mesti memerah otak, apa yang nak dimasak untuk my 1 year and 4 months old baby (or toddler), Hana Nafisa.. :)

Minggu lepas saya buatkan home-made nugget ayam untuk Hana. A healthy snack hopefully.

Baby pun macam kita juga, bosan-bosan nak kunyah-kunyah makanan yang tak terlalu berat.

Most of the time, saya akan berikan buah untuk Hana as snacks, in between heavy meals.

Alhamdulillah.. So far Hana sangat suka buah. Yang paaaaling favourite dan tak pernah tolak ialah buah oren Sunkist. Amazing, she loves it! As long as tak terlalu masam, she can take it.

Other than that, grapes, apple, mango, dragon fruit and papaya are her favourites. ^_^

So for today, I would like to share my home-made  so easy Chicken Nugget.

No salt, no sugar! -Checked!

Sangat mudah sebenarnya, bahan utama jika mahu gunakan daging ayam sahaja sudah mencukupi, macam nugget yang diproses. Tetapi, saya tambahkan sedikit bahan lain seperti saderi, jagung dan bawang untuk menambah tekstur di dalam nugget ini, di samping memberi khasiat juga, insyaAllah.. :)

Bahan-bahan:

2 ketul dada ayam (untuk 5-7 pieces nuggets)
1/2 bawang besar (dicincang)
1/2 cawan jagung (dicincang)
1 tangkai batang saderi/ daun sup /daun bawang (dipotong halus)
1 cawan serbuk roti (breadcrumb)
1 biji telur (dipukul)
Sedikit tepung jagung (untuk salut daging)

Cara-cara :

1) Daging ayam dikisar halus (gunakan blender atau food processor). Saya blend sahaja.

2) Campurkan daging ayam yang dicincang, bawang besar, jagung dan daun saderi (atau daun sup) ke dalam satu mangkuk. Gaulkan sebati, dan bentukkan mengikut kegemaran. Samada bentuk bebola, leper seperti nugget atau bujur. (Saya bentukkan leper supaya mudah masak ketika digoreng).
Daging ayam dikepal sebelum disalut tepung, telur dan bread crumb.

3) Dah siap dikepal dan dibentuk, golekkan adunan ke dalam tepung jagung.

4) Kemudian, celupkan ke dalam telur, dan golekkan pula di dalam bread crumb.

5) Ulang langkah ini untuk semua daging yang dikepal iaitu, golek di dalam tepung, celup di dalam telur dan langkah terakhir golekkan di dalam serbuk roti.

6) Boleh digoreng terus dalam minyak yang panas. Yang selebihnya simpan di dalam bekas kedap udara dan terus bekukan di bahagian freezer. Boleh terus goreng apabila diperlukan :)
Hana loves them! :)

Selamat mencuba mommies! :)


0 comments:

Post a Comment

lovely comments

Custom Search