CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, July 22, 2009

Persalinan Kedua di AS

Ini merupakan persalinan kedua kami dalam kenduri yang sama. Selalunya waktu akad ramai pengantin akan memakai baju putih melambangkan bersih dan suci. Memandangkan tema putih, maka kami gandingkan bersama warna tema beserta warna hijau. Barulah kesegaran wujud di sebalik kesucian walimah pada hari itu.

Walaupun ada yang memilih hanya satu persalinan di majlih perkahwinan, itu tidak melambangkan apa-apa. Hal ini kerana persalinan hanyalah adat semata - mata. Walaubagaimanapun sebaiknya persalinan itu biarlah memadai dan jangan pula membazir. Semua persalinan pernikahan kami dijahit sendiri untuk kegunaan di kemudian hari. Jangan ada yang terkejut kalau terserempak dengan persalinan kami di tengah jalan.

Mari kita renung sebuah petikan hadis yang melambangkan sifat kewanitaan yang harus kita pilih dalam ciri2 dan kategori pengantin perempuan pilihan hati kita. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".

Kalaulah kita memilih harta, cantik dan keturunan itu sebagai pilihan, maka pilihan kita tidak tepat kerana kesemua ciri yang ada hanya bersifat sementara. Kalau kaya kemungkinan menjadi miskin, yang cantik bakal jadi tua dan semakin hilang kecantikkannya. Manakala yang keturunan pasti hilang ditelan zaman. Tetapi AGAMA kekal sampai bila2.


[Rakan2 Pengantin perempuan yang 'stay' utk bergambar persalinan kedua]

[Kalau boleh semua angle kami (rakan2) nak masuk gambar]

[lambaian terima kasih dan guguran daun dan bunga mawar mengiringi kepulangan sahabat2]

[Ya Allah. Jadikan kami suami yang BerTANGGUNGJAWAB dan isteri yang SOLEHAH]

[Kenangan bersama sahabat lama,Nusaiybah]

Monday, July 20, 2009

Bersama Rakan2 dan Family Pengantin Perempuan

Nikah: Let's Get Connected

Mungkin ramai tak mahu bernikah. Mungkin ramai juga yang mahu bernikah. Kedua2 kelompok ini masing2 punya dalil dan hujah tentang perndirian kita. Kami nak anjurkan anda semua merenung satu hadih nabi.

Rasulullah SAW pernah mengingatkan sesiapa yang berkemampuan tetapi enggan untuk berkahwin melalui sabdanya, "Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; dan juga kahwin dengan perempuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku".


Kalau anda
semua sudah bersedia dan mampu memegang tanggungjawab, jom bersama kami membina Baitul Muslim dan Mujtama' Muslim!!


(Bersama Famili Pengantin Perempuan)

(Bersama Famili Angah)

(Bersama Famili ALang)

(Bersama Rakan2 Muslimat Pengantin Perempuan Ex MMAS)

(Bersama Ustazah Nurul dan Ustaz Shaari-Dulu mereka pun pengantin baru)

Bersama Rakan2 Pengantin Lelaki di AS

(Bersama Hanif Mohsein dan Ibunya)

(Bersama team Pengapit Pengantin Lelaki-Dari kiri-Adam, Abg Mohsein dan Akmal Solihi)

(Bersama Keluarga Pengantin Lelaki yang serba merah)

Selepas hampir sebulan kami mendirikan rumah tangga, alhamdulillah kebahagian dalam menyuburkan Baitul Muslim semakin terasa. Kehidupan dipenuhi dengan solat berjemaah , bacaan Al Quran dan saling memperingati (Tazkirah) bersama. Alangkah indahnya hidup bersama teman yang selalu mengingati-Nya.

Walaupun sudah hampir sepurnama, kami masih menerima sapaan dari rakan yang ternanti2 gambar pernikahan. Nasihat kami agar anda semua bersabar. Biasalah, sabar itu separuh dari Iman. I'allah kami akan 'update' dari masa ke semasa.

Selamat Menatap Bersama!!!

(Bersama Ustaz Mansor dan Ustazah Nasriyah-Guru kami di MMAS)

(bersama Nenda berdua dari sebelah Pengantin Lelaki)

Monday, July 6, 2009

Ketibaan Pengantin Lelaki & Perempuan di AS

(Bersalaman dengan rakan2 Nabilah yang datang jauh dari KL)

(Santapan Raja Sehari di Alor Setar)

(Apabila bergenggamnya tangan suami dan isteri maka terhapuslah dosa kecil mereka-mafhum hadis)
(Baru sahaja turun dari Estima-drove & sponsored by Adam Zakiyuddin-Tq Adam)

Majlis Akad Nikah di Alor Setar-Pengantin Perempuan

Atas permintaan ramai dan demi memuaskan hati semua pihak, kami dengan ini akan menyusun episod - episod galeri pernikahan kami. Memandangkan permintaan dari sahabat di luar negara mahupun dalam negara sama ada dari pihak pengantin perempuan ataupun pengantin lelaki kami akan bersedia melayani sebarang nasihat, tips dan sebagainya utk berkongsi tentang kebahagiaan rumah tangga dalam membina Rumah Tangga Muslim (Baitul Muslim).

(Kesudian untuk menjadi isteri solehah diberanikan diri dengan menandatangani dokumen pernikahan)

(rakan2 yang tak henti - henti memberikan sokongan padu)

(antara hantaran pangantin perempuan utk pengantin lelaki)

(Menjadi adat melayu disertakan hantaran bersamanya manisan)

(Barangan berupa koleksi dan aksesori lelaki moden diiringi bersama)
Custom Search