CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, February 27, 2012

A Teacher I Am ( Part I )

Assalam. 

Beberapa hari kebelakangan ini, setiap hari saya akan membaca beberapa 'short stories' daripada Chicken Soup for the Soul, 101 Stories to Open the Heart and Rekindle the Spirit. I believe that it is an interesting book, so I decided to read it bit by bit, rather than finishing up the whole readings at one time. This is to ensure that everyday I have something good to munch for fun :)

Sebagai seorang yang bergelar guru ( walaupun baru 4 bulan to be precise), hampir setiap hari saya akan berfikir, apa yang saya akan lakukan pada hari esok. Setiap hari, selepas sekolah saya akan mula berfikir, apa yang akan saya 'hidangkan' kepada para pelajar saya apabila bertemu mereka keesokan harinya. Bukan sekadar menyediakan Rancangan Pengajaran Harian untuk P&P, tetapi apa yang akan saya lakukan untuk mengawal emosi, enkuiri, tingkah laku, akhlak dan melayan kehendak mereka yang sedang membesar ini. Oh bagi saya kerjaya guru memang sangat mencabar!

Ya, memang saya rasa penat. Setiap hari saya akan pulang ke rumah, kadang-kadang dengan wajah ceria, dan kadang-kadang dengan wajah yang kononnya letih dan tidak ceria. Setiap petang semasa makan malam selalunya saya akan mula bercerita kepada suami, kisah 'keletihan' saya bekerja melayan murid-murid tanpa memikirkan suami saya juga pasti ada lebih banyak perkara yang memenuhi jadual kerjanya. Hohohoho :D

" Abang tau dak hari ni budak-budak tu buat apa.... bla... bla... potpet... potpet...", till the end of the story.

Saya selalu berkata kepada diri saya;
A true teacher tidak akan pernah berasa letih dengan pelajar-pelajarnya.

A true teacher tidak akan mudah berputus asa hanya kerana pelajar-pelajarnya membuat bising di dalam kelas, tetapi bijak untuk mengawal keadaan bahkan mencipta suasana yang menghiburkan!

A true teacher tidak akan pernah berasa bosan mendidik anak didiknya. Apatah lagi visi sekolah saya adalah " Melahirkan generasi soleh wa musleh", "Membina insan Rabbani". MashaAllah tabarakallah, apakah ini belum cukup memotivasi untuk meyakinkan saya bahawa kerjaya guru ini sungguh mulia dan suatu Jihad menyampaikan ilmu.

Am I not a true one??

Kata adik saya, "You have to do it with all your heart. Kena bersungguh-sungguh".

Adakah saya masih belum cukup bersungguh-sungguh?

(a_a)

Regards,

Teacher Nabilah ^_^






Saturday, February 25, 2012

Muhasabah Cinta

Saya memerhatikan pakcik tersebut dari dalam kereta. Berbaju Melayu, berkopiah putih, berkain pelekat kotak-kotak dan memegang payung dalam suasana hujan yang semakin lebat. Pakcik ini dengan sabar dan berhati-hati, menoleh ke kiri... ke kanan. Menanti kereta yang bergerak ke hulu dan ke hilir. Sejenak kemudian berjaya melintas jalan yang tidak pernah lengang.  Saya tahu pakcik ini destinasinya ke mana, ke masjid di seberang jalan. 

MashaAllah, bertuahnya pakcik ini. Hidupnya pasti penuh keberkatan rezeki dan masa. Bertuahnya dia menghitung pahala setiap langkahnya ke masjid di akhirat nanti. Saya menyimpan cemburu di hati.

Saya masih di dalam kereta, sebentar kemudian melewati kawasan masjid yang kian sesak, dengan kereta. MashaAllah, bertuahnya semua manusia yang berpusu-pusu ke masjid ini. Malam ini bukan malam Jumaat.  Malam ini bukan malam sambutan MaulidurRasul. Tapi kesesakan masjid ini tetap sama hampir setiap hari. MashaAllah bertuahnya kesemua jemaah masjid yang berebut-rebut menjadi tetamu Allah. Saya makin cemburu.

Mereka pasti jemaah yang istiqamah.
Mereka pasti jemaah yang diberi hidayah Allah.
Mereka pasti jemaah yang hatinya bertaut dengan rumah Allah.
Mereka pasti jemaah yang hidupnya diselubungi barakah.

Kenapa saya harus cemburu, sedangkan rumah Allah ini sentiasa terbuka untuk semua. Peluang saya dan mereka sama sahaja. Justeru selepas pulang ke rumah untuk bersiap-siap, saya dan suami kembali ke masjid ini, yang hanya 1km dari rumah kami. Alhamdulillah, dapat juga menjadi tetamuNya pada malam ini. Dengan izin, hidayah, keberkatan masa yang Allah beri.

Semasa bersolat, saya berdiri di sebelah seorang ibu bersama tiga orang anaknya. Si bongsu berusia 1tahun saya kira. Kanak-kanak ini duduk di hadapan ibunya. Kadang-kadang merangkak ke hadapan saya. Namun, seusai solat saya memegang tangan si kecil ini dan mengusap-usap kepalanya. Saya mahu memberi isyarat kepada ibunya, bahawa saya tidak kisah dengan anak kecilnya yang mungkin dianggap mengganggu ibadah saya. Saya tidak rasa terganggu. Malah saya berbangga dan cemburu dengannya. 

Ya, ibu ini yang melapangkan dadanya, meyakinkan dirinya bahawa anak-anak sekecil ini memang perlu dilatih untuk mendekati masjid. Biarlah masjid menjadi tempat permainannya, tempat sebahagian masa tumbesarannya berlaku, tempat anak-anak mendapat kenalan-kenalan baru dan pengalaman bersosial. Mengapa saya berpandangan begini, kerana saya juga diberi pendidikan yang sama oleh ibu bapa saya. Yang tidak risau membawa anak-anak ke masjid, kerana mereka tahu itu adalah satu bentuk pendidikan dan pertarbiahan. Semoga Allah merahmati ibu bapa saya.

Saya ini bukan seorang ahli masjid. Namun saya akui tautan hati terhadap rumah Allah ini sentiasa ada. Saya masih ingat antara masjid yang sangat saya rindui dan pasti akan rindui sampai bila-bila ialah Masjid Sultan Ahmad Shah, UIA Gombak. MashaAllah, sesiapa sahaja yang pernah berada di sana pasti memahami kecintaan saya ini. Terutama di bulan Ramdhan, memang tiada kata dapat diungkapkan. Peluang dan perasaan itu adalah anugerah Allah untuk warga Taman Ilmu dan Budi :)

Sekarang ini, kecintaan baru saya adalah di masjid sekolah saya, Sekolah Rendah Al-Azhar, Jitra. Ya, sekolah saya adalah sebuah sekolah persendirian yang terletak di celahan pohon-pohon getah, sekolah yang sedang membangun dan serba sederhana. Tetapi, keistimewaannya adalah ia mempunyai sebuah masjid yang cukup luas dan cantik untuk menampung pelajarnya. Ya, sebuah masjid, yang boleh kita beriktikaf di dalamnya. MashaAllah, inilah antara sebab saya masih 'terikat' untuk tidak mencari pekerjaan yang baru kerana masih belum bersedia untuk meninggalkan sebuah kehidupan yang boleh saya katakan diselubungi keberkatan dan biah solehah di dalamnya, dengan izinNya.

Oh, entri ini adalah satu muhasabah dan peringatan untuk diri saya sendiri.

Semoga kita semua sentiasa dikurniakan keberkatan masa untuk berkunjung ke rumahNya. Seandainya kita sentiasa ada masa untuk pergi membeli belah barang seharian, begitu juga kita pasti ada masa untuk mengumpul saham di akhirat nanti. Barakallahu fiikum :)

Regards,

Mrs Meow :)

Wednesday, August 3, 2011

Salam Ramadhan 1432H untuk semua!!!


Mudah-mudahan kita dapat mengejar Tiga Fasa Ramadhan dengan jayanya iaitu, Rahmah, Maghfirah dan Pembebasan Api Neraka.

Friday, July 22, 2011

Kenangan Meraikan Majlis Konvokesyen Gleneagles di Palace of The Golden Horses

[Di Meja VIP]


[Bersama bekas pelajar-pelajar yang kini berkhidmat di setiap Hospital Gleneagles M'sia dan S'pura]


[Bergambar kenangan di sekitar Hotel]


[Sisi lama tahun 2010]


[Sebahagian yang lain pelajar-pelajar]


[Warna sama dengan tema konvokesyen]


[Sesi kenangan ketika peperiksaan akhir semester]

Tuesday, July 19, 2011

Ziarah Mahabbah Ustaz Affuan dan Ustaz Tamim serta keluarga

Salam Ceria!

Jazakumullahukhairan Jaza'! Itulah ucapan yang mampu kami lafazkan kepada kedua-dua buah keluarga ini yang sudi melapangkan masa untuk ziarah ke rumah kami di Jitra. Alhamdulillah, kerana kami dapat meluangkan masa untuk berbual dan solat Maghrib berjemaah bersama. Melihat anak-anak kecil ini bermain-main di rumah kami, terasa begitu teruja dan bersyukur kepada Allah yang telah kurniakan rezeki anak kepada Ustaz Affuan dan Ustaz Tamim. Kini mereka memikul satu amanah untuk membesarkan anak yang bakal berjuang di jalan Allah suatu hari nanti.

[Humaira' - Permata hati Ustaz Tamim dan Yaty ;)]

 [Bersahabat keranaNya- Thana' dan Humaira']

Terima kasih atas kunjungan antum semua. Kehadiran antum semua menghangatkan lagi Baitul Muslim yang kami bina selama ini atas dasar ikatan suci bersulam mahabbah dan mawaddah kerana-Nya. Jangan lupa mai lagi yer!


[Maaflah makan atas lantai. Meja makan pun tak beli lagi =)]

Sunday, July 17, 2011

Hari Sukan 1Malaysia di SMKB

Sewaktu Tan Sri Mahyuddin Yasin melakarkan sejarah menganjurkan Sukan 1Malaysia di seluruh Malaysia, sekolah ayah tidak terkecuali menganjurkannya. Dalam penganjuran tersebut, kami juga terlibat membantu Kak Ngah untuk berniaga sambil menderma kepada pembangunan sekolah. Dikepilkan bersama beberapa potongan gambar yang menjadi kenangan bersama.


[Hasil tangan Mak dan Hanis]

[Hanya dijual RM3 utk dua mini pizza]

[Subhanllah, sedapnya...]

[Jom buat...!]


[Semasa menyediakan kueh yang mahal ni]

[Dah siap pun..]


[Kakngah bersama mesin ais kacangnya dibantu oleh Huda dan Hanis]

Friday, July 8, 2011

Tips Rumah: Jom kitar semula!

Salam Ceria buat semua pembaca budiman!

Entri kali ini ialah mengenai misi menyelamatkan bumi. Apakah misi itu? Sudah pasti misi tersebut bukanlah misi angkasa lepas yang membabitkan makhluk organik seperti 'Transfomers' tetapi merupakan misi yang perlu dimainkan oleh setiap isi rumah di seluruh dunia iaitu Misi Kitar Semula.


Tahukah anda apa itu Kitar Semula?? Kitar Semula ialah satu proses untuk memperbaharui atau menggunakan semula barang-barang terbuang dan terpakai untuk dijadikan sebagai bahan-bahan mentah seperti tin aluminium, botol plastik, botol kaca dan kertas. Jadi segala bahan buangan isi rumah yang kita gunakan selama ini perlulah dikitar semula untuk memelihara alam semulajadi negara kita. Bahan tersebut bolehlah dihantar ke Premis Menjual dan Membeli Barang-Barang Lusuh di sekitar kawasan kejiranan anda atau pusat-pusat kitar semula.

Secara tidak langsung, faedah kita melaksanakan kitar semula bukan sekadar memelihara alam tetapi dapat juga menambah wang saku kita dan membersihkan rumah kita daripada bahan-bahan yang tidak diperlukan lagi seperti kertas-kertas lama (used paper) atau bahan-bahan minuman di rumah.

Tahukah anda dengan melakukan kitar semula terhadap 1 tan kertas, anda dapat:

1. Menyelamatkan 17 batang pokok

2. 380 galen minyak

3. 3 kubik kaki ruang permukaan tanah 

4. 4000 kilowat tenaga

5. 7000 galen air



Terdapat beberapa fakta menarik yang sempat kami petik melalui Pusat Maklumat Rakyat tentang Kitar Semula.

FAKTA 1
Dengan mengitar semula 1 tin aluminium anda seumpama menjimatkan penggunaan tenaga elektrik 3 jam televisyen

FAKTA 2
Jika kertas dapat dikitar semula secara maksimum anda dapat mengurangkan 4,360 tan sampah sehari yang bersamaan 78,000 batang pokok

FAKTA 3
18,000 tan sampah dihasilkan sehari mampu memenuhi KLCC dalam tempoh 8 hari sahaja (data tahun 2005)

FAKTA 4
Dengan mengitar semula 1 botol kaca anda seumpama menjimatkan penggunaan tenaga elektrik mentol lampu 100 watt selama 4 jam

Bukti Keprihatinan Kepada Alam Sekitar Dengan Melakukan Amalan Berikut Semasa javascript:void(0)Berbelanja Di Pasar:

·Beg kain dapat digunakan berulang kali
·Penggunaan bakul sebagai cara mengelakkan penggunaan beg plastik
·Jangan gunakan polistren untuk membungkus makanan
·Penggunaan troli sebagai cara mengelakkan penggunaan beg plastik
·Gunakan beg kertas bagi menggantikan beg plastik untuk membungkus barang
·Jangan gunakan beg plastik untuk pembungkusan


Tahukah anda berapakah nilai sebenar (RM) pulangan apabila anda melaksanakan kitar semula? Di sini kami senaraikan beberapa lokasi menarik di sekitar negeri Kedah yang sempat kami tinjau dan menjadi lokasi kegemaran kami. Nilai (RM) tersebut diukur melalui timbangan (KG):


Jitra (Berhampiran Stesen Minyak Esso)
Kertas : RM0.30/kg
Botol : RM0.90/kg
Tin: RM0.30/kg

Alor Setar (Jalan Seberang Perak)
Kertas : RM0.35/kg
Botol : RM0.60/kg
Tin: RM0.30/kg


Sungai Petani (Bedong)
Kertas : RM0.30/kg
Botol : RM0.70/kg
Tin: RM0.30/kg


Cumanya yang menjadi sedikit masalah ialah proses kitar semula untuk bahan buangan kaca. Kebanyakan tempat dan premis menjual dan membeli barang-barang lusuh ini enggan menerima bahan buangan kaca dengan alasan bahan tersebut dibeli murah dan tidak menguntungkan. Nasihat kami ialah cuba anda tanyakan premis tersebut di manakah tempat yang sedia mengambil bahan buangan kaca. Hanya mereka yang mengetahui kerana mereka mempunyai jaringan sesama sendiri. Jom bersama kami jayakan misi selamatkan bumi. Jom Kitar Semula!!!


Tuesday, July 5, 2011

Blog Baitul Muslim Menjadi Blog Rujukan Langkawi Map!

Pertamanya kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih semua rakan-rakan pembaca yang sudi melawati dan melewati blog kami ini. Penghargaan yang tidak terhingga juga dikalungkan khususnya kepada web admin Langkawi-Map yang lebih gemar dikenali sebagai Permata Bonda dalam chatting box mana-mana yang dilewatinya kerana telah me'review' blog kami di dalam blognya. Jazakallahukheir atas minat dan keinginan perkongsian anda. Semoga ukhwah yang tersemi ini akan menguatkan lagi mahabbah dan mawaddah antara satu sama lain.


Rakan-rakan pembaca yang ingin melawati pulau lagenda, Pulau Langkawi, bolehlah terus melewati Langkawi-Map kerana blog tersebut lengkap menceritakan segala-galanya tentang pulau tersebut. Terima kasih sekali lagi kepada Permata Bonda atas kesudian anda me'review' blog kami. Semoga usaha kita ini dikira sebagai ibadah oleh Allah Jalla Wa A'la.

[Sila klik pada gambar utk lebih jelas]

Sunday, July 3, 2011

Jom kita Mengaji!

Tuesday, June 14, 2011

Harga Roti Naik??


Menurut sumber dari website www.1pengguna.com, menyatakan harga roti untuk Gardenia telah naik. Berikut merupakan jenis roti yang harganya naik:

1.Rolls bread(choc,vanilla,corn) dari 60sen jadi 70sen
2.Twiggies dari rm1.30 ke rm1.40
3.Butterscotch,raisin,choc bread(sandwich cut) dari rm4.00 ke rm4.20


P/S:Bijak berbelanja amalan kita!

Sunday, May 29, 2011

Jalan-Jalan Gunung Jerai, Kedah

 [Baru jer hujan berhenti turun. Jalan masih lagi basah]

Sekali sekala terasa teringin untuk berada di awanan. Suatu hari dalam perjalanan ke Alor Setar, tiba-tiba kami telah nekad membuat keputusan untuk berada di Puncak Gunung Jerai. Gunung Jerai terletak di Gurun boleh dikatakan gunung tertinggi antara Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

Walaupun begitu, suasana di Gunung Jerai tidak seperti di gunung-gunung dan bukit-bukit yang lain seperti Cameron Highland atau Genting Highland. Puncaknya hanya dilitupi dengan angin segar yang kering dan tidak basah. Pemandangannya sangat indah apabila anda dapat melihat bumi Kedah menghijau dengan sawah padinya. Namun tiada sebarang kedai untuk jual beli sayur-sayuran dan sebagainya seperti Cameron Highland. Tiada juga taman tema permainan seperti Genting Highland. Yang ada di atasnya ialah resort untuk penginapan dan dewan seminar untuk kursus.

Bagi mereka yang minat kepada lokasi yang tinggi dan suasana damai tanpa sebarang gangguan, anda boleh menetap di The Regency Jerai Hill Resort. Bilik untuk Superior Room bernilai RM240. Kalau dah sampai di Kedah, sebaiknya cuba singgah di Gunung Jerai.


[Bunga yang segar di puncak gunung]

[kenangan di hadapan Jerai Hill Resort- Tak pi tidoq pun]

Friday, May 27, 2011

Salam Kelahiran Dart!


Kami ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Muhammad Haidar Badarulzaman yang ke-24. Semoga terus sukses di setiap lapangan. Sanah Helwah Ya Akhuya! Kullu 'Am Wa Nta ila Allahi Aqrab.

Thursday, May 26, 2011

Ahlan Wasahlan Kepada Mak Ayah ke Teratak Jitra!

Kami merafakkan setinggi kesyukuran kerana Allah masih lagi memberikan keizinan untuk kami dan anda semua menghirup udara segar di bumi Allah. Kita seharusnya melafazkan rasa syukur kepada-Nya dengan memperbanyakkan amal ibadah dalam perjalanan bertemu Khalik yang masanya hanya dalam ilmuNya. Alhamdulillah, sepanjang keberadaan kami di bumi Jitra setelah merantau di Ibu Kota Kuala Lumpur selama dua tahun, kami menerima pelbagai kunjungan dari kalangan keluarga, sanak saudara dan sahabat handai.

Entry kali ini akan dikongsikan juadah yang sempat Nabilah sediakan sendiri (tak beli dari kedai) untuk menyambut kedatangan mak, ayah dan keluarga dari Bedong. Juadah ini disajikan untuk meraikan kehadiran mereka yang sudi bermalam di teratak kami (house warming) dan juga mengalu-alukan kedatangan Adik Hanis (pelajar UIA Kuantan) yang buat pertama kalinya menjejakkan kaki di bumi Jalan Golf dan Country Club ini. Masakan ini disediakan dalam lima jenis hidangan. I'allah di entry akan datang, akan kami kepilkan resipi sajian dalam menyediakan juadah untuk keluarga dan rakan-rakan.

Masakan ini disediakan dalam enam jenis hidangan.Hidangan tersebut:

1. Siakap Sweet Sour
2. Sotong Goreng Tepung
3. Sayur Sawi Campur
4. Daging Cicah Air Asam
5. Sayur Kentang  Tomato
6. Udang Masak Sambal (tiada dalam gambar)



[Juadah untuk keluarga. Nak cuba? Mailah ke rumah]

[Western Food already served]

[Sayur Sawi Campur-kegemaran ayah]

[Daging untuk dicicah air asam]

[Sotong goreng tepung bersalut thousand island]

[Menu Breakfast-Durian semangkok, Nasi Goreng Telur Dada dan Roti Kaya]

Monday, May 23, 2011

Berjalan-jalan di Langkawi Pulau Lagenda

Salam ceria kepada semua pembaca budiman! Kali ini kami akan berkongsi dengan anda tentang percutian kami semasa berseminar untuk Langkawi Islamic Finance Economics Conference (LIFE) yang bertempat di Meritus Pelangi Beach Resort and Spa yang terletak di Pantai Chenang, Pulau Langkawi pada tahun lalu (Disember, 2010).

Perjalanan Ke Pulau Langkawi
Terdapat tiga cara untuk anda semua sampai di Pulau Langkawi. Pertama, perjalanan anda boleh bermula melalui laluan penerbangan. Tetapi tiket penerbangan boleh didapati daripada LCCT, KLIA dan Pulau Pinang. Anda tidak boleh menaiki penerbangan daripada Alor Setar.

Kedua, anda boleh menaiki feri daripada jeti Kuala Kedah yang terletak berhampiran Alor Setar, Kedah. Perjalanannya memakan masa hampir 1jam 30minit-2jam. Bagi yang tidak tahan menaiki feri, anda dinasihatkan untuk terus tidur apabila menaiki feri atau mendengar lagu MP3 daripada HP, Android, Ipod, Ipad dan sebagainya.

Ketiga, anda juga boleh menaiki feri daripada jeti Kuala Perlis yang terletak di Perlis. Perjalanannya memakan masa hampir 1jam sahaja. Perlu diingat apabila anda meletak kenderaan di jeti Kuala Kedah atau Kuala Perlis, anda perlu parking kereta di tempat yang disediakan dan anda akan membayar parking tersebut yang harganya dalam RM8-RM10. Perjalanan dari Alor Setar untuk Ke Kuala Perlis memakan masa hampir 45minit. Bahkan anda juga boleh menaiki feri bermula dari Pulau Pinang dan Satun (Thailand). Harga tiket feri seperti berikut:

Kuala Perlis- RM18.00
Kuala Kedah- RM23.00
Penang- RM60.00
Satun- RM23.00

Anda juga dinasihatkan untuk menyewa kerata kerana memudahkan perjalanan anda ke mana-mana. Sewa kereta adalah sekitar RM60 hari biasa dan RM90 hari cuti untuk sebuah kancil.

Tempat Penginapan
Kami telah ditempatkan di satu bilik besar berhadapan tasik yang harganya RM631 untuk dua malam di Meritus Pelangi Beach Resort and Spa yang terletak di Pantai Chenang, Pulau Langkawi. Hotel ini sangat selesa kerana telah dilengkapi dengan segala kemudahan asas. Walaupun begitu, percutian di hotel ini bagi kami lebih layak untuk mereka yang mempunyai pendapatan tinggi kerana hampir kemudahan yang ingin digunakan perlu kepada bayaran dan caj. Bayangkan apabila kami nak menggunakan wifi di bilik, bayaran dikenakan sebanya RM 24. Itu tidak termasuk lagi bayaran untuk air dalam Minibar. Air mineral di sana cajnya RM 12 (mineral luar negara). Apapun yang berlaku,  hotel itu tetap mantap sehinggakan nak bergerak dari bilik hanya call buggy untuk datang. Betapa malasnya nak berjalan.

Disebabkan beberapa tempat yang tidak sempat dikunjung kerana  seminar yang panjang bermula pagi hingga petang, maka kami menetap di dua hotel iaitu De Baron Hotel di Pekan Kuah dan Aseania Hotel yang terletak di hadapan persimpangan Pantai Chenang. Hotel De Baron adalah hotel baru berhadapan laut di Kuah. Suasana petang di sana sangat damai dan indah. Harganya pun agak murah iaitu RM 160 semalam. Namun Hotel Aseania hanya terletak di persimpangan Pantai Chenang dan tidak menghadap laut. Harganya turut sama iaitu RM160. Hotel tersebut hanya memuaskan berbanding dengan kecantikan Hotel De Baron. Kami cadangkan agar anda menginap di De Baron Hotel kerana sangat dekat dengan Pekan Kuah, Jeti dan pusat membeli belah.

[bergambar kenang-kenangan di Pelangi Beach Resort and Spa Langkawi]



[Sebahagian interior dalaman Pelangi Resort]


[Anda dibekalkan bersama toothbrush, sewing kit, cotton but dan segala macam toiletries]


[dua katil double dan dua set double sofa bersama meja santai depan tasik -RM631]


[bergambar kenangan bersama Along, Lubna dan Sarah]


[breakfast di Pelangi Resort]


[Photo shot di kawasan Pelangi Resort]


[Di hadapan Hotel Aseania]

 
[Hotel De Baron, Kuah-Murah dan terbaik]

Lokasi Lawatan
Sekiranya anda berada di Pekan Kuah, anda boleh membuat lawatan di sekitar Pekan Kuah yang termasuk dalam Dataran Lang dan Muzium Langkawi (tak sempat melawat). Kemudian anda boleh terus menghala ke Pantai Chenang untuk beriadah di pantai. Anda juga boleh melawat Under Water World yang terletak di Pantai Chenang dengan harga tiket iaitu RM38.00. Tetapi tiada banyak binatang yang menarik. Nasihat kami ialah kalau anda ada wang poket lebih sila lawatinya, kalau tiada wang poket, tak ke sana pun tak rugi. Kemudian anda boleh terus singgah sebentar di pelabuhan jeti kapal-kapal layar sambil menikmati pemandangan indah di sana.


[Bersama Lubna di Pantai Chenang]

[Subhanallah, cantik sungguh ciptaan Allah-Pantai Chenang]

[Di dalam Under Water World Langkawi]

[Bergambar bersama Penyu -hidup- dan dalamtaman ]

[Hidupan ini hidupnya sentiasa berzikir]

[Under Water World]

[Candid di Jeti Kapal Layar]


[bersama Lubna]


Bermula dari perjalanan tersebut, anda boleh terus singgah di Gunung Mat Chincang untuk menaiki Kereta Kabel dan melalui Kampung Orient Langkawi di bawahnya. Harga tiket untuk kereta kabel ialah RM15. Bagi mereka yang mempunyai masalah Height Phobia adalah tidak digalakkan untuk naik kereta kabel tersebut kerana sangat tinggi dan terdapat stesen yang perlu anda naik sebelum sampai ke puncaknya. Di sana juga ada jambatan tergantung antara dua gunung (sangat menakutkan). Apabila turun dari gunung, anda juga boleh bergambar bersama ular di Kampung Orient Langkawi dengan harga RM5.


[Suasana cemas dalam kereta kabel]

[Jambatan Gantung antara Gunung Mat Chincang]

[Bergambar di puncak gunung]

[baru melepasi stesen kabel pertama antara gunug]

[Langkawi Oriental Village]

 
[Kenangan bersama ular sawa]


Setelah itu anda boleh terus singgah di Taman Buaya Langkawi yang terletak di Kubang Badak. Harga tiket masuk bernilai RM8.00. Anda dinasihatkan untuk datang pada waktu pertunjukkan buaya untuk memberikan kepuasan hati anda dengan bayaran yang agak tinggi itu.  Tidak silap hanya sejam bermula jam 10am-11am sahaja. Dalam perjalanan dari Kubang Badak, anda boleh terus mandi di Pantai Tengkorak berhampiran Muzium Ibrahim Hussin.


[Brother nie mantop bagi makan buaya sorang]

[Buaya sumbing yang satu-satunya wujud di dunia]


[Berehat selepas penat berjalan]


Pengalaman anda akan menjadi lebih indah sekiranya anda boleh menyelusuri Sungai Kilim di kawasan Langkawi Geopark. Walaupun begitu, anda akan dikenakan caj sewa bot untuk dinaiki seramai 8 orang dengan harga RM 150. Anda akan dibawa Gua Kelawar, Kolam Ikan, Memberi Makan Helang, Bersiar ke kawasan Bakau, Gua Buaya, Laut Andaman dan melihat permandangan menarik di Sungai Kilim. Kami tidak sempat untuk melewati semua ini kerana sekiranya anda datang walk in maka caj akan dikenakan berganda. Nasihat kami ialah telefon untuk tempahan bot terlebih dahulu. Dibekalkan bersama rujukan website kemudahan anda : 


[Dihadapan Taman Burung dan Taman Hidupan Liar-Tak sempat melawat]

[Di kawasan Kilim Geopark-pun tak sempat naik bot]


Tempat-tempat lain yang TIDAK SEMPAT kami kunjung ialah seperti:
Makam Mahsuri (The Tomb of Princess Mahsuri)
Pulau Payar
Atma Alam Batik
Muzium Ibrahim Hussein
Pusat Menunggang Kuda
Air Terjun Telaga Tujuh
Perkampungan Air Hangat (Hot Springs Village)
Beras Terbakar (Field of Burnt Rice)
Pantai Datai
Burau Bay
Tanjung Rhu
Galeria Perdana
Taman Burung
Muzium Laman Padi

Tempat Membeli Belah
Kalau datang ke Langkawi jangan lupa membeli barang-barang impot kerana di sini semuanya kawasan bebas cukai. Jangan lupa borong mangkuk tahan lama, tahan besi berdasarkan kemampuan. Jangan pula ikut nafsu. Kedai menarik untk beli belah ialah di Haji Ismail Group di Pekan Kuah, Idaman Suri dan Pasar Pandak Mayah. Malahan anda juga boleh ke Pekan Malam di Pantai Chenang. Banyak barang-barang menarik dan unik di sana. Tidak lupa juga Pasar Malam Kuah.


[Suasana malam yang hidup di Pantai Chenang]

[Dua beradik dalam kedai baju area Pantai Chenang]

Bajet Anda 2H1M (Suami-Isteri):

Hotel : RM 150.00
Makan : RM 50.00
Taman Buaya : RM 16.00
Kereta kabel : RM 30.00
Sewa Kereta : RM 60.00
Feri K.Perlis : RM 36.00
Parking Kereta : RM 10.00
AS-K.Perlis : RM 30.00
Souvenir : RM 50.00
JUMLAH KESELURUHAN : RM 432.00

Ini merupakan bajet cadangan paling asas (basic) untuk percutian dua hari satu malam bagi sepasang suami isteri. Jangan lupa ke Langkawi, Kedah Darul Aman.

[Makan malam kena makan Seafood]

[Perjalanan Pulang bersama barang-barang yang diborong]

Laman web menarik untuk rujukan anda:
Custom Search