CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, May 19, 2011

Berbengkel Sambil Bercuti di Melaka

Salam Ceria dan Salam Muhibbah.
Pertamanya kami mengucapkan terima kasih di atas sokongan kawan-kawan yang masih lagi menjadi pembaca setia kami. Mohon maaf atas kelewatan update blog ini setelah ditinggalkan hampir sembilan bulan.

I'allah, selepas ini kami akan kemaskini segala maklumat dari masa ke semasa agar blog ini sentiasa ceria dan memberikan manfaat kepada semua pembaca. Alhamdulillah, baru-baru ini kami sempat bercuti bersama dan lokasi kali ini ialah di Melaka, Bandaraya Bersejarah.

Dalam entri kali ini dan akan datang akan kami bongkarkan beberapa tips percutian kepada rakan-rakan pembaca sama ada yang sudah berkeluarga ataupun masih lagi bujang.
Kami juga akan muatkan beberapa bajet mini untuk kemudahan mereka membuat persiapan percutian tersendiri.

Perjalanan ke Melaka
Sekiranya anda merancang untuk membuat lawatan ke Melaka dan anda berada di Kedah, perjalanan untuk sampai ke Melaka secara normalnya ialah selama 8 jam. Perjalanan ini selama lapan jam ini bermula daripada Alor Setar ke Bandaraya Hilir Melaka, lebih kurang 590km beserta berhenti rehat dan makan selama satu jam. Tol yang perlu dilalui ialah Tol Plus AS-Sg Dua. Kemudian Tol Juru-Tol NKVE-Tol Elite.

Untuk TOL NKVE anda hanya perlu masuk ke susur keluar Seremban-Johor Bharu dan begitu juga keadaannya dari Tol Elite. Apabila anda telah melalui Seremban, maka anda teruskan perjalanan sehingga Ayer Keroh dan susur keluar di situ. Perjalanan dari Ayer Keroh ke Bandar Hilir lebih kurang 40 minit.

Tempat Penginapan
Sebenarnya lokasi penginapan anda terletak pada bajet anda. Sekiranya anda mempunyai bajet yang besar kami cadangkan anda menginap di hotel-hotel terkenal seperti Hotel Equatorial, Hotel Holiday Inn dan sebagainya. Sekiranya anda hanya mempunyai bajet sederhana anda boleh menginap di hotel-hotel bajet yang terletak di dalam bandar. Hotel yang kami duduki pada masa percutian kami ialah di Hotel Johan yang terletak di Jalan Melaka Raya berhampiran dengan Dataran Pahlawan. 

[Gambar kenang-kenangan di hadapan Hotel Johan]

Sekiranya anda mahu mencari ketenangan dan menginap di sebuah rumah ala-ala baba dan nyonya anda boleh juga menginap di Apa Kaba Home and Stay Melaka yang terletak berhampiran Melaka Straits Hotel berdekatan Bandar Kaba. Kami ingin menginap di sana tetapi kebetulan telah penuh. Disisipkan bersama alamat kedua-dua tempat penginapan:

1. Hotel Johan,
210, Jln Melaka Raya 1,
Tmn Melaka Raya,
75000 Melaka.

2. Apa Kaba Home and Stay Melaka,
No 28 Kg Banda Kaba,
75000 Melaka, Malaysia

Tempat Lawatan
Sebenarnya banyak tempat lawatan yang menarik di Melaka. Cumanya sama ada anda sempat atau tidak untuk melawati ke semuanya. Kami berada di sini selama dua hari satu malam, maka banyak tempat-tempat menarik yang belum sempat untuk kami lawati. Namun kami hanya sempat kongsikan beberapa input menarik di Melaka yang sempat kami lawati.

i. Lawatan Percuma
Sudah pasti jawapan pertama ialah melawat Kota A Famosa. Kebanyakan pengunjung hanya datang bergambar dan melihat serta menginsafi detik-detik kebebasan Malaysia dari tangan penjajah. Ini tempat yang wajib di kunjungi. Bersebelahan A Famosa ialah Bangunan Memorial Merdeka. Tempat inipun merupakan tempat kunjugan percuma di mana anda boleh melihat potret sejarah awal kemerdekaan. Seterusnya ialah Bangunan Stadthuys yang merupakan binaan peninggalan Belanda.

Seterusnya anda boleh melihat Fort Frederick berhampiran Bangunan Stadthuys dimana ia mempunyai meriam untuk mengawal laut dan daratan. Berhampiran fort ini anda boleh melihat Kincir Air Kesultanan Melaka dan Kincir Angin Belanda. Termasuklah Muzium Kastam dan Jonker Street. Apa yang menarik tentang Jonker Street ialah ia beroperasi bermula jam 6 petang. Malang sekali, kami melawat keesokan pagi dan natijahnya semua kedai masih lagi tutup. Banyak lagi tempat bersejarah yang percuma untuk lawatan tetapi tidak sempat kami lawati.

 [Di Kota A Famose-Pintu Masuk yang masih lagi wujud]

 [Berhampiran Bangunan Stadhuys-Peninggalan Belanda]




 [Bergambar di Kincir Air Melaka]

  [Berlatarbelakang Kapal di Muzium Samudera]

ii. Lawatan Berbayar
Ini bermaksud anda harus hulurkan sedikit wang untuk berbelanja atas lawatannya. Kami cadangkan agar anda menaiki Melaka River Cruise yang bayarannya hanya RM10 sahaja. Anda akan dibawa menyelusuri sungai Melaka dan perjalanannya hampir 45 minit. Kemudian anda boleh menaiki Menara Taming Sari yang terletak berhampiran Dataran Pahlawan. Bayaran yang dikenakan sebanyak RM 10 shj. Apabila anda menaikinya anda akan melihat keseluruhan bandar Melaka dengan pusingan selama 10 minit.

Melaka Duck Tours juga bakal menjadi pengalaman pertama anda apabila kereta amfibia yang bergerak di atas jalan akan turut bergerak di dalam laut. Bayaran yang dikenakan ialah sebanyak RM 38. Lain-lain tempat berbayar seperti muzium-muzium dalam RM 3.00-RM10.00 serta Zoo Malam Melaka, Taman Buaya, Taman Rama-Rama dan sebagainya.

 [Di Jeti Untuk Melaka River Cruise]



[Menara Taming Sari-Tak sempat naik sebab nak hujan]

 Tempat Beli-Belah
Anda boleh mendapatkan cenderamata di Dataran Pahlawan di bahagian Heritage Bazar. Di sana terdapat segala jenis pakaian, makanan dan cenderahati. Namun kami nasihatkan anda mendapatkan juga cenderahati dan makanan di Medan Samudera berhampiran Muzium Samudera kerana harga di sana jauh lebih rendah dari Dataran Pahlawan. Sekiranya anda gemar hiruk-pikuk dan suasana sesak, anda boleh membeli belah di Jonker Street pada malam hari. Di sana terdapat barang antik dan sebagainya yang dijual secara tawar menawar. Tempat lain yang biasa boleh anda kunjungi ialah pasaraya besar seperti Tesco, Giant, Jusco, Mahkota Parade dan Melaka Sentral.

Bajet Anda (2H1M)
Ini merupakan pengakhiran entry kali ini. Di sini kami sediakan sedikit bajet untuk kemudahan kunjungan anda nanti. Selamat Melawat Melaka Bandar Bersejarah.


Bajet Anda:

Hotel : RM 120.00
Minyak Kereta : RM 150.00
Tol : RM 150.00
Makan : RM 50.00
River Cruise : RM 10.00
Melaka Duck Tour : RM 38.00
Menara Taming Sari : RM 10.00
Souvenir : RM 50.00
JUMLAH KESELURUHAN : RM 578.00

Wednesday, August 11, 2010

Marhaban Ya Ramadhan 1431H!

Sunday, August 1, 2010

Kenduri Durian!!!

Saturday, June 19, 2010

Al Fatihah!-Buat Arwah Kekanda Mohamad Nadmin Sulaiman-Semoga berbahagia di sana bersama para solehin!

Kami ingin mengucapkan Jazakumullah khairan Jaza' kepada semua yang sudi mendoakan, menziarahi dan membantu majlis pengebumian Arwah Abang Kami, Mohamad Nadmin Sulaiman pada 15 Jun 2010 bersamaan 3 Rejab 1430. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solehin. Mari kita kirimkan doa untuknya. Al Fatihah!

HafizNabilah

Tuesday, June 15, 2010

Balik Kedah 20 April 2010

(kakngah dengan Ice Blended)

(Baju Muslimah juga boleh didapati di kedainya)


(ketika menghantar Huda ke sekolah)

(Ice Blended yang dipromosikan oleh kakngah)


Alhamdulillah. Di sebalik kesibukan yang lalu, kami sempat jugak untuk pulang ke kampung. Namun gambar nie boleh dikira 'outdated' sebabnya perjalanan kami ke Kedah pada April yang lalu. Cumanya hanya mampu untuk update pada Jun. Apapun alasannya, kami tetap juga sampai di bumi Kedah.

Kedah Darul Aman, Negeri Jelapang Padi Negara.

Sunday, June 13, 2010

Ziarah Mesra bersama Lubna Najla

(Lubna Najla tgh tidor. Muka sapa yer?)


(bukan main semangat lagi didodoinya baby tue)

Pada bulan lepas kami berkesempatan menziarahi keluarga Tuan Najib Ismail di Selayang. Kehadiran kami ialah sebagai menyambut kelahiran cahaya mata kedua Najib dan Musfirah. Alhamdulillah, Najib dapat 'baby girl' yang comel. Kalau direnung muka baby nie macam muka Musfirah.

Tahniah dan Mabruk! Semoga kelahiran kedua ini memberikan kebahagiaan yang lebih padu buat Najib dan Musfirah.

Friday, April 16, 2010

Memori di Genting Highland

Alhamdulillah, kami berdua sempat meluangkan masa untuk berehat bersama2 untuk melepaskan tension di Genting Highland beberapa bulan yang lalu. Turut membantu kami adalah adik kami Hanis yang sedang menuntut di Pusat Asasi Sains UIAM di Petaling Jaya. Tak banyak aktiviti yang sempat kami lakukan kerana masa yang tidak cukup. 

Namun antara kenangan yang indah ialah bermain di Snow World dalam Genting Highland. Bayarannya tak mahal cuma dalam RM20.00. Sesiapa yang belum sempat melawatinya, cubalah sekali.

(terima kasih Hanis yang tangkap gambar kami)

Tuesday, April 13, 2010

Congrats Utk Iman!!!

Tahniah kami ucapkan kepada Jannah Iman Sulaiman (IMAN) atas kejayaan mendapatkan Diploma dari  Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin baru - baru ini. Semoga Sukses selalu di USM.

Ikhlas dari kami,
HafizNabilah

Thursday, April 8, 2010

Bersantap di Restoran Wong Solo.

Beberapa ketika yang lalu, kami seperti biasa akan meluangkan masa untuk makan bersama di restoran   kondusif yang dapat mengikat dan mengukuhkan kasih antara kami. Selalunya kami akan makan bersama di restoran sebegini paling kurang dua minggu sekali dan yang terbaik seminggu sekali.

Sekali sekala teringat hadis nabi riwayat Abu Hurairah, Apabila Rasul Allah (saw) ditanya perempuan manakah yang paling baik baginda menjawab, "Yang menggembirakan (suaminya) apabila dia melihatnya, ikut apabila dia memberi sesuatu arahan, dan tidak membantah kehendaknya terhadap dirinya (isteri) atau harta dengan melakukan sesuatu yang dia tidak setuju."

 ( Nasi putih empal sapi bersama rojak jawa)

Monday, April 5, 2010

Kampung Mama di Ayer Hitam

Keheningan kampung yang menghijau berjaya menambat hati kami. Ayer hitam yang terletak tidak jauh dari Bandaraya Alor Setar sering menjadi tumpuan Abah dan Mama untuk mengisi masa lapang mereka sekiranya tiada kerja yang penting di rumah. Selalunya aktiviti yang digemari mama ialah berkelah di kampung. Lain pula perasaan abah yang gemar memancing ikan di sana. Selalunya ikan yang berjaya di tangkap oleh abah ikan puyu dan pernah juga beberapa ketika berjya menangkap ikan keli dan haruan. Kampung memang BEST!!!

(Ayam serama dan ayam katik kepunyaan mama)

(berlatarbelakangkan rumah tok)

(antara tanaman pokok naga kepunyaan Alang)

(mencuba nasib dengan memancing di tali air)

Friday, April 2, 2010

KL Butterfly Park 2010

[antara set yang menarik]


[dalam taman rama2 pun ada kura2]

[cara rama2 di sini diberikan makan]

Disebalik kesibukan, masih ada masa yang terluang utk suami, isteri dan keluarga tercinta. Perjalanan kami kali ini di Taman Rama - Rama Kuala LUmpur. Bagi yang belum pernah berjalan ke sana, anda kena sediakan wang sebanyak RM 8.00 utk tiket orang dewasa. Sebenarnya kemeriahan di sini kurang terasa kerana keadaan rama2 yang tidak banyak dan tidak aktif.

Walaupun begitu kami terpaksa mengaktifkan diri untuk memastikan suasana kunjungan kami 'hidup'.

[adalah sekoq yg bleh bergambar]

[tiga beradik tak abih2 'posing' maut]

[[main ka main -main?]

Wednesday, March 31, 2010

Tahniah buat Abg Badril dan Angah

(mama, abah, Abg Badril, Angah dan Iman)

Tahniah kami ucapkan kepada Abg Badril atas kejayaan mendapatkan Ijazah Sarjana di UUM baru - baru ini. Semoga ilmu yang diberikan itu dimanfaatkan utk seluruh umat.

Ikhlas dari kami,
HafizNabilah

Monday, March 29, 2010

Ampang Look-Out Point

[mak dan ayah di Ampang Look-out Point]
[Kami pun tumpang sekaki]

'Time' ayah dan mak datang rumah kami, Alhamdulillah, kami juga sempat bawa depa pusing2 kat KL. Antara tempat yang menarik ialah di Bukit Belacan Look-Up Point di Ampang. Tempat tu memang menarik pada waktu malam sebab kita akan nampak keseluruhan KL. Sambil makan dan minum di sana kita boleh menghayati keindahan suasana KL dari atas bukit paling tinggi di Ampang. Tapi minuman sana boleh tahan gak. Air Mineral sebotol pun RM3.50. Cuba bayangkan kami berenam sahaja minum dan makanan ringan cecah RM 65.00. Utk penjimatan, rancangkan perjalanan anda seperti kata bidalan 'sediakan payung sebelum hujan'.

Friday, March 26, 2010

Beriadah di Kepong FRIM Park

Baru - baru telah diberikan kesempatan kepada kami untuk menerima kehadiran keluarga tercinta dari Sg Petani. Mak dan Ayah menetap di rumah kami selama 3 hari. Banyak aktiviti yang kami kongsikan bersama mereka. Antaranya ialah dengan beriadah di FRIM Park, Kepong. Sebenarnya, kami pun tak pernah ke sana tapi sebagai tuan rumah adalah lebih baik kami menjenguk apa yang ada bersama tetamu kami.
(dari kiri-huda, Nabilah dan Hanis)

(Mak dan Ayah)
(Pasangan suami isteri)

(lagi gambar di FRIM Park)

(time duduk rehat kat sana)

Tuesday, March 23, 2010

Pindah Rumah !!!

[Antara Barang - Barang Yang Dipindahkan]



Alhamdulillah... Akhirnya Allah telah izinkan kami untuk meneruskan kehidupan di rumah baru. Terima Kasih buat Ustaz Harun dan Cikgu Fatimah yang mengizinkan kami menetap di rumah kalian. Moga Allah melimpahkan rahmat ke atas kalian. Kepada kengkawan, jangan segan dan malu utk datang di rumah kami di UK (Ulu Klang).

Wednesday, October 28, 2009

Berarak di Pekan Bedong

[Sempat lagi berposing ketika kereta tengah bergerak]

Salam Sejahtera semua!!

Bertemu kembali setelah lama menyepi. Maafkan kami kerana maaf yang begitu mencemburui ditambah pula dengan sikap segan untuk 'update' jadi info kami terhenti seketika. Ini bingkisan kami muatkan sesudah majlis menyambut menantu pada hari yang sama di Bedong, Kedah.

Pengalam pertama dan seumur hidup menaiki kereta antik dalam perjalanan pulang ke khemah kenduri. Terima Kasih kepada Pak Muied dan Pak Yon kerana membuat kejutan ini. Kami tidak pun merancang perarakan kereta antik ini tetapi ini adalah hadiah istimewa dari dua bapa saudara kami yang juga merupakan adik kepada ayahanda kami. Terima kasih sekali lagi!!!

[Dua mempelai sudah bersedia dihadapan kenderaan masing - masing]

[Dalam perjalanan ke rumah pengantin lelaki]

[Ketika sampai di hadapan khemah rumah pengantin lelaki]
Custom Search