CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, April 2, 2010

KL Butterfly Park 2010

[antara set yang menarik]


[dalam taman rama2 pun ada kura2]

[cara rama2 di sini diberikan makan]

Disebalik kesibukan, masih ada masa yang terluang utk suami, isteri dan keluarga tercinta. Perjalanan kami kali ini di Taman Rama - Rama Kuala LUmpur. Bagi yang belum pernah berjalan ke sana, anda kena sediakan wang sebanyak RM 8.00 utk tiket orang dewasa. Sebenarnya kemeriahan di sini kurang terasa kerana keadaan rama2 yang tidak banyak dan tidak aktif.

Walaupun begitu kami terpaksa mengaktifkan diri untuk memastikan suasana kunjungan kami 'hidup'.

[adalah sekoq yg bleh bergambar]

[tiga beradik tak abih2 'posing' maut]

[[main ka main -main?]

Wednesday, March 31, 2010

Tahniah buat Abg Badril dan Angah

(mama, abah, Abg Badril, Angah dan Iman)

Tahniah kami ucapkan kepada Abg Badril atas kejayaan mendapatkan Ijazah Sarjana di UUM baru - baru ini. Semoga ilmu yang diberikan itu dimanfaatkan utk seluruh umat.

Ikhlas dari kami,
HafizNabilah

Monday, March 29, 2010

Ampang Look-Out Point

[mak dan ayah di Ampang Look-out Point]
[Kami pun tumpang sekaki]

'Time' ayah dan mak datang rumah kami, Alhamdulillah, kami juga sempat bawa depa pusing2 kat KL. Antara tempat yang menarik ialah di Bukit Belacan Look-Up Point di Ampang. Tempat tu memang menarik pada waktu malam sebab kita akan nampak keseluruhan KL. Sambil makan dan minum di sana kita boleh menghayati keindahan suasana KL dari atas bukit paling tinggi di Ampang. Tapi minuman sana boleh tahan gak. Air Mineral sebotol pun RM3.50. Cuba bayangkan kami berenam sahaja minum dan makanan ringan cecah RM 65.00. Utk penjimatan, rancangkan perjalanan anda seperti kata bidalan 'sediakan payung sebelum hujan'.

Friday, March 26, 2010

Beriadah di Kepong FRIM Park

Baru - baru telah diberikan kesempatan kepada kami untuk menerima kehadiran keluarga tercinta dari Sg Petani. Mak dan Ayah menetap di rumah kami selama 3 hari. Banyak aktiviti yang kami kongsikan bersama mereka. Antaranya ialah dengan beriadah di FRIM Park, Kepong. Sebenarnya, kami pun tak pernah ke sana tapi sebagai tuan rumah adalah lebih baik kami menjenguk apa yang ada bersama tetamu kami.
(dari kiri-huda, Nabilah dan Hanis)

(Mak dan Ayah)
(Pasangan suami isteri)

(lagi gambar di FRIM Park)

(time duduk rehat kat sana)

Tuesday, March 23, 2010

Pindah Rumah !!!

[Antara Barang - Barang Yang Dipindahkan]



Alhamdulillah... Akhirnya Allah telah izinkan kami untuk meneruskan kehidupan di rumah baru. Terima Kasih buat Ustaz Harun dan Cikgu Fatimah yang mengizinkan kami menetap di rumah kalian. Moga Allah melimpahkan rahmat ke atas kalian. Kepada kengkawan, jangan segan dan malu utk datang di rumah kami di UK (Ulu Klang).

Wednesday, October 28, 2009

Berarak di Pekan Bedong

[Sempat lagi berposing ketika kereta tengah bergerak]

Salam Sejahtera semua!!

Bertemu kembali setelah lama menyepi. Maafkan kami kerana maaf yang begitu mencemburui ditambah pula dengan sikap segan untuk 'update' jadi info kami terhenti seketika. Ini bingkisan kami muatkan sesudah majlis menyambut menantu pada hari yang sama di Bedong, Kedah.

Pengalam pertama dan seumur hidup menaiki kereta antik dalam perjalanan pulang ke khemah kenduri. Terima Kasih kepada Pak Muied dan Pak Yon kerana membuat kejutan ini. Kami tidak pun merancang perarakan kereta antik ini tetapi ini adalah hadiah istimewa dari dua bapa saudara kami yang juga merupakan adik kepada ayahanda kami. Terima kasih sekali lagi!!!

[Dua mempelai sudah bersedia dihadapan kenderaan masing - masing]

[Dalam perjalanan ke rumah pengantin lelaki]

[Ketika sampai di hadapan khemah rumah pengantin lelaki]

Monday, August 17, 2009

Majlis Menyambut Menantu

[Dalam perjalanan dari AS]

[Ketika di rumah Pengantin Perempuan utk Majlis Menyambut]

[Percussion di rumah Pengantin Lelaki]

[Majlis Walimah dimulakan dengan bacaan tahlil dan Yaasin]

[Paperbag kenang - kenangan utk semua]

Sunday, August 9, 2009

Outdoor di AS

Pertamanya kami mengucapkan syukur kepada Allah dan terima kasih kepada Abg Mohsein kerana beliau sudi untuk 'sponsor' photographer dalam walimah kami. Alhamdulillah, semoga Allah menambahkannya rezeki dan memudahkan urusan.

Pakej yang kami terima termasuklah pakej 'Outdoor' iaitu bergambar di luar dari walimah kami. Maka lokasi kami kini berubah di MAsjid Al Bukhari, ALor Setar Kedah. Sesi itu terpaksa kami mulakan pada jam 6pm disebabkan terlalu ramai pengunjung di rumah sehingga memaksa kami menunda jadual sebenar sesi fotografi ini pada jam 5pm.

Inilah sedikit gambar yang kami muatkan. Sebenarnya banyak lagi 'pose' dan aksi kami, tetapi demi maslahah umum biarlah kami abadikan gambar2 lain dlm umah kami. Jadi kami berikan anda yang hanya sedap mata memandang. Kalau nak lebih lagi jangan lupa datang ke teratak buruk kami di Gombak.

Hadis kali ini berbunyi, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."
Jom Nikah. Nikah: Connecting Others.

(Jaga baik2 langkah tue)

(eh..eh..Ikan ler)

(Bersama dengan puteri2 kayangan)
(Yg terbaik dari kami utk rakan2)

(Bersama adik2 ex Maktab Mahmud aka Badan Dakwah)

Wednesday, July 22, 2009

Persalinan Kedua di AS

Ini merupakan persalinan kedua kami dalam kenduri yang sama. Selalunya waktu akad ramai pengantin akan memakai baju putih melambangkan bersih dan suci. Memandangkan tema putih, maka kami gandingkan bersama warna tema beserta warna hijau. Barulah kesegaran wujud di sebalik kesucian walimah pada hari itu.

Walaupun ada yang memilih hanya satu persalinan di majlih perkahwinan, itu tidak melambangkan apa-apa. Hal ini kerana persalinan hanyalah adat semata - mata. Walaubagaimanapun sebaiknya persalinan itu biarlah memadai dan jangan pula membazir. Semua persalinan pernikahan kami dijahit sendiri untuk kegunaan di kemudian hari. Jangan ada yang terkejut kalau terserempak dengan persalinan kami di tengah jalan.

Mari kita renung sebuah petikan hadis yang melambangkan sifat kewanitaan yang harus kita pilih dalam ciri2 dan kategori pengantin perempuan pilihan hati kita. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".

Kalaulah kita memilih harta, cantik dan keturunan itu sebagai pilihan, maka pilihan kita tidak tepat kerana kesemua ciri yang ada hanya bersifat sementara. Kalau kaya kemungkinan menjadi miskin, yang cantik bakal jadi tua dan semakin hilang kecantikkannya. Manakala yang keturunan pasti hilang ditelan zaman. Tetapi AGAMA kekal sampai bila2.


[Rakan2 Pengantin perempuan yang 'stay' utk bergambar persalinan kedua]

[Kalau boleh semua angle kami (rakan2) nak masuk gambar]

[lambaian terima kasih dan guguran daun dan bunga mawar mengiringi kepulangan sahabat2]

[Ya Allah. Jadikan kami suami yang BerTANGGUNGJAWAB dan isteri yang SOLEHAH]

[Kenangan bersama sahabat lama,Nusaiybah]

Monday, July 20, 2009

Bersama Rakan2 dan Family Pengantin Perempuan

Nikah: Let's Get Connected

Mungkin ramai tak mahu bernikah. Mungkin ramai juga yang mahu bernikah. Kedua2 kelompok ini masing2 punya dalil dan hujah tentang perndirian kita. Kami nak anjurkan anda semua merenung satu hadih nabi.

Rasulullah SAW pernah mengingatkan sesiapa yang berkemampuan tetapi enggan untuk berkahwin melalui sabdanya, "Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; dan juga kahwin dengan perempuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku".


Kalau anda
semua sudah bersedia dan mampu memegang tanggungjawab, jom bersama kami membina Baitul Muslim dan Mujtama' Muslim!!


(Bersama Famili Pengantin Perempuan)

(Bersama Famili Angah)

(Bersama Famili ALang)

(Bersama Rakan2 Muslimat Pengantin Perempuan Ex MMAS)

(Bersama Ustazah Nurul dan Ustaz Shaari-Dulu mereka pun pengantin baru)

Bersama Rakan2 Pengantin Lelaki di AS

(Bersama Hanif Mohsein dan Ibunya)

(Bersama team Pengapit Pengantin Lelaki-Dari kiri-Adam, Abg Mohsein dan Akmal Solihi)

(Bersama Keluarga Pengantin Lelaki yang serba merah)

Selepas hampir sebulan kami mendirikan rumah tangga, alhamdulillah kebahagian dalam menyuburkan Baitul Muslim semakin terasa. Kehidupan dipenuhi dengan solat berjemaah , bacaan Al Quran dan saling memperingati (Tazkirah) bersama. Alangkah indahnya hidup bersama teman yang selalu mengingati-Nya.

Walaupun sudah hampir sepurnama, kami masih menerima sapaan dari rakan yang ternanti2 gambar pernikahan. Nasihat kami agar anda semua bersabar. Biasalah, sabar itu separuh dari Iman. I'allah kami akan 'update' dari masa ke semasa.

Selamat Menatap Bersama!!!

(Bersama Ustaz Mansor dan Ustazah Nasriyah-Guru kami di MMAS)

(bersama Nenda berdua dari sebelah Pengantin Lelaki)

Monday, July 6, 2009

Ketibaan Pengantin Lelaki & Perempuan di AS

(Bersalaman dengan rakan2 Nabilah yang datang jauh dari KL)

(Santapan Raja Sehari di Alor Setar)

(Apabila bergenggamnya tangan suami dan isteri maka terhapuslah dosa kecil mereka-mafhum hadis)
(Baru sahaja turun dari Estima-drove & sponsored by Adam Zakiyuddin-Tq Adam)

Majlis Akad Nikah di Alor Setar-Pengantin Perempuan

Atas permintaan ramai dan demi memuaskan hati semua pihak, kami dengan ini akan menyusun episod - episod galeri pernikahan kami. Memandangkan permintaan dari sahabat di luar negara mahupun dalam negara sama ada dari pihak pengantin perempuan ataupun pengantin lelaki kami akan bersedia melayani sebarang nasihat, tips dan sebagainya utk berkongsi tentang kebahagiaan rumah tangga dalam membina Rumah Tangga Muslim (Baitul Muslim).

(Kesudian untuk menjadi isteri solehah diberanikan diri dengan menandatangani dokumen pernikahan)

(rakan2 yang tak henti - henti memberikan sokongan padu)

(antara hantaran pangantin perempuan utk pengantin lelaki)

(Menjadi adat melayu disertakan hantaran bersamanya manisan)

(Barangan berupa koleksi dan aksesori lelaki moden diiringi bersama)
Custom Search