CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, February 2, 2014

Aiskrim Coklat Sedap dan Mudah

============================
Chocolate Ice Cream with Strawberry Chunks
============================




I am amazed to know how easyyyy it is to make ice cream!

So i made my own last week :)

Because it is so simple, I share the recipe straight away here.

Ingredients:

1 cup of fresh milk
1 cup of cocoa powder
2 cups of non-dairy whipping cream
1/2 cup sugar (depends on your preferences, less sugar less sweet)


Steps:

1) Mix all the ingredients into your mixing bowl, or in a blender. Mix and blend for 5 minutes.

2) Put your ice cream mixture in proper container, with cover.

3) Leave to freeze for 5 hours.

** Don't forget to sprinkle your strawberry chunks before serving.

Oh, and you can always use your creativity to add nuts such as walnuts, crushed almonds or chocolate chips to add more crunchiness in our ice cream

Done!

Enjoy!!

Inspired from : 5 Rencah 5 Rasa

Malay version:

Bahan-bahan:

1 cawan susu segar
1 cawan serbuk koko
2 cawan non-dairy whipping cream
1/2 cawan gula

Cara-cara :

1) Masukkan semua bahan ke dalam mixing bowl atau blender. Putar atau blend selama 5 minit.
Saya gunakan mixer sebab takut blender saya tak sesuai. Resepi asalnya guna blender je. Mudah sangat :)

2) Selepas putar, masukkan ke dalam bekas kedap udara, terus masukkan ke dalam freezer. Bekukan selama 5 jam.

** sebelum bekukan, boleh masukkan coklat cip, kekacang atau kegemaran anda yang lain. Kacau sedikit supaya sebati, kemudian simpan di bahagian sejuk beku. Nyummmm bertambah sedap ala-ala La Creameria!

Wallaa!

Selamat ber'aiskrim' :)

Saturday, February 1, 2014

Baby Food - Chicken Nugget for Hana

================
Home- made Chicken Nugget
================

Bismillah.


Setiap hari, mesti memerah otak, apa yang nak dimasak untuk my 1 year and 4 months old baby (or toddler), Hana Nafisa.. :)

Minggu lepas saya buatkan home-made nugget ayam untuk Hana. A healthy snack hopefully.

Baby pun macam kita juga, bosan-bosan nak kunyah-kunyah makanan yang tak terlalu berat.

Most of the time, saya akan berikan buah untuk Hana as snacks, in between heavy meals.

Alhamdulillah.. So far Hana sangat suka buah. Yang paaaaling favourite dan tak pernah tolak ialah buah oren Sunkist. Amazing, she loves it! As long as tak terlalu masam, she can take it.

Other than that, grapes, apple, mango, dragon fruit and papaya are her favourites. ^_^

So for today, I would like to share my home-made  so easy Chicken Nugget.

No salt, no sugar! -Checked!

Sangat mudah sebenarnya, bahan utama jika mahu gunakan daging ayam sahaja sudah mencukupi, macam nugget yang diproses. Tetapi, saya tambahkan sedikit bahan lain seperti saderi, jagung dan bawang untuk menambah tekstur di dalam nugget ini, di samping memberi khasiat juga, insyaAllah.. :)

Bahan-bahan:

2 ketul dada ayam (untuk 5-7 pieces nuggets)
1/2 bawang besar (dicincang)
1/2 cawan jagung (dicincang)
1 tangkai batang saderi/ daun sup /daun bawang (dipotong halus)
1 cawan serbuk roti (breadcrumb)
1 biji telur (dipukul)
Sedikit tepung jagung (untuk salut daging)

Cara-cara :

1) Daging ayam dikisar halus (gunakan blender atau food processor). Saya blend sahaja.

2) Campurkan daging ayam yang dicincang, bawang besar, jagung dan daun saderi (atau daun sup) ke dalam satu mangkuk. Gaulkan sebati, dan bentukkan mengikut kegemaran. Samada bentuk bebola, leper seperti nugget atau bujur. (Saya bentukkan leper supaya mudah masak ketika digoreng).
Daging ayam dikepal sebelum disalut tepung, telur dan bread crumb.

3) Dah siap dikepal dan dibentuk, golekkan adunan ke dalam tepung jagung.

4) Kemudian, celupkan ke dalam telur, dan golekkan pula di dalam bread crumb.

5) Ulang langkah ini untuk semua daging yang dikepal iaitu, golek di dalam tepung, celup di dalam telur dan langkah terakhir golekkan di dalam serbuk roti.

6) Boleh digoreng terus dalam minyak yang panas. Yang selebihnya simpan di dalam bekas kedap udara dan terus bekukan di bahagian freezer. Boleh terus goreng apabila diperlukan :)
Hana loves them! :)

Selamat mencuba mommies! :)


Friday, January 31, 2014

Kerabu Mangga dan Udang

=================
Kerabu Mangga dan Udang
=================





I really love watching cooking shows. One of them is My Kitchen Rules :)

Minggu lepas tengok Jake and Elle masak "Mango and Prawn Canapes".

They really love to match prawns and mango. It is said to be the traditional and famous dish in Queensland

So, I made my own version of Mango and Prawn Salad today

Atau senang faham, Kerabu Mangga dan Udang ^_^

Resipi:

1 biji mangga muda

1 mangkuk kecil udang (direbus sebentar)
3 biji cili padi
1 tangkai daun seleri
1/2 biji bawang besar
1 sudu besar jus lemon atau cuka
1 sk garam
1 sk gula





Cara- cara:

1) Potong semua bahan-bahan. Mangga,cili padi, daun seleri dihiris halus dan bawang dimayang.


2) Satukan semua bahan di dalam satu mangkuk, campurkan jus lemon, garam dan gula. Gaul sehingga sebati rasanya.



Siap! ^__^

Ikan Bakar Portugis Sangat Sedap

Bismillahirrahmanirrahim..

Baru-baru ni tengok di Facebook, ada kawan saya yang kongsikan resepi Ikan Bakar Portugis di "wall" beliau.

Wowww!!

Sedap sangat!!

Guess what? Petang tu terus masak sebab dah teringin sangat. Kebetulan ada seekor lagi ikan siakap dalam fridge. So, apa lagi? ^__^

Resepi daripada my favourite blogger, Azie Kitchen. Sejak sebelum ni, blog Kak Azie memang dah menjadi blog rujukan kegemaran saya. Sebab kebanyakan resepi Kak Azie yang saya cuba, memang menjadi dan dijamin sedap :) 


Alhamdulillah.. Sebelum ni dah pernah cuba, Nasi Ayam Mandy, Masak Lemak Cili Padi, Ayam Masak Lemak Ala Minang, Pizza, Japanese Cotton Soft Cheesecake, Supermoist Chocolate Cake, dan yang paling saya suka dan puas hati ialah Cupcake Vanilla yang saaaaangat sedap dan lembut! 

Wah, banyak juga resepi Kak Azie yang saya pernah cuba *clap clap*. I should be proud of myself ^__^ dan petang ni insyaAllah nak cuba Carrot Cake pula. Nyummm!

Okay, resepi saya rujuk dan copy paste terus dari:


Ikan Bakar Portugis

Sumber : Azie Kitchen
Gambar: Saya sendiri :)


Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap - kelar
5 helai daun limau purut - hiris halus
3 sb minyak bawang putih
1 sk penuh garam
1 sb penuh gula
Aluminium foil/daun pisang

Bahan kisar:
3 sb cili kering kisar
2 biji buah keras 
6 biji bawang merah 
2 ulas bawang putih
2 batang serai 
2 hiris lengkuas 



Cara cara:
1) Untuk Minyak Bawang Putih - Ambil 6 ulas bawang putih, tumbuk dengan kulit kulitnya.  Panaskan 1/2 cawan minyak, tumis bawang putih tadi hingga garing. Sejukkan.

2)
Ikan dibersihkan dan dikelar kelar sedikit. Gaulkan bahan kisar bersama garam dan gula. Letak ikan atas foil, lumur dengan campuran bahan kisar tadi. Jika suka, boleh diletakkan daun pisang di atas foil bagi menambah wangi.
3) Tuang minyak bawang putih dan tabur daun limau. Tutup dan bungkus ikan dengan foil dan bakar sehingga ikan masak. 
4) Apabila ikan masak, buka sedikit foil dan terus membakarnya dengan foil terbuka sehingga garing yang disukai.
Siap!

Tadaa!! 


Ini hasil Ikan Bakar Portugis saya :) Sedappp sangat dimakan dengan nasi putih panas-panas.


Selamat mencuba!
 



























Friday, August 30, 2013

Salam Aidil Fitri 2013! Kullu 'Am Wa Ntum Bi Kheir.


Friday, September 21, 2012

Desaru Yg Mendamaikan [151111]

Sedikit perkongsian percutian sambil bekerja di Desaru, Johor pada tahun 2011. Desaru sebuah tempat yang indah tapi kurang sambutan rakyat Malaysia memandangkan lokasinya yang terletak berhampiran Kota Tinggi. Kalau tak silap bersebelahan dengan Tg Pelepas berhampiran Singapura.  Disebabkan itu ramai tetamunya datang dari Singapura pada hujung minggu

Kami bermalam di Desaru Damai Resort. Dari luar resort ini seakan-akan bangunan asrama sekolah. Sebenarnya bayaran untuk kebanyakkan resort agak mahal sekitar ini kerana mungkin kurang kehadiran tetamu. Namun kami terpaksa menetap di Damai Resort kerana tiada resort yang lain semurah ini. Kemudahan resort agak kurang memberangsangkan ditambah lagi dengan persiapan makan pagi yang kurang baik. Bayangkan anda disediakan dengan bekas air plastik yang berfungsi sebagai gelas. Itu tidak termasuk lagi makanan bihun yang tiada daging dan hanya penuh taugeh. Mohon maaf kalau keberatan untuk membaca tapi inilah realitinya.

Kehidupan malamnya agak mati memandangkan tiada tetamu pada hari bekerja. Sudah untuk mendapatkan masakan malam kerana tidak banyak kedai yang buka. Kami pada mulanya membayangkan Desaru seperti Batu Feringghi yang penuh kedai-kedai malam yang hidup tetapi sebaliknya. Kepada mereka yang berminat untuk hadir ke sini kami cadangkan anda datang untuk berbengkel kerana suasana menyamankan tapi kalau ingin datang untuk percutian mungkin perlu difikirkan dua kali.

 [Pemandangan atas Desaru Damai Resort]

[Esok nak berceramah Undang-Undang Juvana] 

[Teman setia yang tak putus2 untuk memberikan sokongan] 

 [Pantai yang cantik tapi ada amaran untuk mandi manda suka hati]

 [Suasana yang mengasyikkan]

 [Ala2 padang pasir skit]

Wednesday, September 19, 2012

Breakfast

Bismillahirrahmanirrahim.

Semalam sempat buat cucur jagung @ cucoq jagung for breakfast. Sekarang di Jitra sangat baaaanyak jagung! Mungkin dah tiba musimnya (ada musim jagung ke?)

Nak share resepi cucur jagung sangatlah lawak kan, sebab terlalu simple. Hehe.

Alhamdulillah, bon apetite! ^_^








Till then,

Wassalam :)





Tuesday, September 18, 2012

Latest Activities :)

Bismillahirrahmanirrahim.

It's been sometimes that I stop writing here. Huhu.

I'm currently at my 39 weeks of pregnancy, MasyaAllah :)
Sekarang ni, dilemanya adalah bila baby nak keluar ni... Dah tak sabar sangat-sangat! ^^
Tengah makan, nak tidur, bangun tidur, masak and every single thing I'm doing, mesti fikir bila baby nak keluar. Berdebar juga sebab tak tahu macam mana situasi sakit nak bersalin tu akan berlaku ^_^

Apapun I always keep myself active walaupun dah ambil cuti awal. Pagi-pagi buat simple breakfast. Lepas hantar Abang, terus pergi our 'petting zoo'. Yes, our pet zoo :) Feed Mr. Chicken Licken and his wife, and also Mr. Bugs Bunny and his beloved wife. Oh, not to forget Mr. Blacky the cat and another baby chicken. The initial idea of having these pets were my hubby's. Saya suka binatang. Tetapi saya awal-awal lagi bagitahu suami, saya tidak mampu untuk beri komitmen kepada haiwan-haiwan ini. Sebab saya tahu saya jenis yang bagaimana. Kalau bela binatang ni perlu komitmen dan kesabaran yang tinggi. Bukan setakat nak memberi makan, tetapi perlu jaga kesihatan, kebersihan, emosi dan nalurinya juga. Hehe. Emosi dan naluri yang bagaimana? Ye la, mestilah kena bagi dia happy. Kadang-kadang nak berlari-lari dan melompat-lompat. That's the nature of animals right? Jadi, at least twice a week, mereka akan dilepaskan in the garden. 

And it's okay for me when Abang wants to have them because I believe that he takes good care of them, and it's a good therapy plus exercise for him as well. So, green light for Abang as long as rumah tak semak sangat ya! >.<

Mr. Bugs Bunny, Mr. Chicken n family

Ayam kesayangan Abang :)

Our pet zoo and garden kebanggaan Abang :)


Okay, back to my activities. In the morning I will take care of the pets. Bagi makan dan cuci sikit tempat tinggal dia tu. Then, siram pokok dan kemas bahagian luar rumah. Dah cuti kan, so I become a gardener for a while.

Then, start off with indoor house chores. Kemas-kemas, sapu-sapu, and  do the laundry. I always think, nanti masa berpantang, apalah yang boleh dibuat. Jaga baby la kannn... and of course blogging and facebooking! hehe :)

Dah siap semua, maka bermulalah aktiviti Facebook, blogging etc. Tengah hari sikit, baru fikir nak masak-masak. So far, my life as a 'temporary housewife' is not that bad. I mean, taklah terlalu boring or 'passive' as I have always thought of.

Okay, antara hasil sepanjang di rumah ini ialah saya berjaya membuat beberapa bouquet bunga yang dah lama tersimpan dalam stor. Ini adalah lebihan bunga yang digunakan untuk gubah hantaran. But since I'm expecting my baby, I do not have the intention of taking any orders on hantaran. Memang nak relax dan santai je menanti kelahiran baby :) 

Ini antara hasilnya :)

Red Roses!

Combination of purple and white roses :)

This one ambil dari rumah mama :)

Pink and light green, my favourite.
That's all for now. Pray for me :)

Regards,

Nabilah ^_^

Wednesday, March 21, 2012

'Subway Kebab' for Breakfast

Assalam.

Wowiee more updates about food :D Last week I made beef kebab for breakfast. This kebab was inspired from Abang Kebab at Jalan TAR,KL. Kalau pergi Jalan TAR, mesti makan kebab abang ni, dekat area Kamdar. Nyummmylicious!!

Here goes my Subway sandwich-look-alike kebab ^___^

Makan- makan ^^
Gardenia Sandwich Rolls, Cheese and Green Corals

The beef fillings :)

 Simple dish for the filling:

100g Daging kisar
1 labu Bawang besar (dipotong dadu) 
1 biji Tomato 
Secubit Lada hitam
All sauces that you have in the fridge

  1. Tumis bawang besar.
  2. Masukkan daging, masak selama 10-15 minit.
  3. Masukkan tomato yang didadu.
  4. Masukkan lada hitam.
  5. Done! ^__^
Kemudian, sapu butter atas roti, susun tomato slices, green corals, spread the beef filling evenly, letak semua sos yang digemari. Mine were blackpepper sauce and thousand island dressing :) 



Cheezy Lava

Love,                                                                                                                                                                                                          
@--->----


Sunday, March 18, 2012

Home-Made Lasagna

Assalam.

Lately, I've been cooking lasagna quite frequent. Baru dua kali sebenarnya :D I tried once and then got another 'order' from my darling sista Lubby Lub. So, as a beginner cook, when people loved your cooking, it's sooooo heart blooming and you feel like to cook, cook, and cook moreee!!! Cannot stop! *wink*

So here goes the lasagna :)

Bahan- bahan:

Lasagna sheets (saya guna San Remo instant lasagna)
Cheese (as much as you want)

Tomato plus beef sauce (sos daging)

1 labu bawang besar (dipotong dadu)
5 ulas bawang putih (dipotong dadu)
2 sudu besar minyak masak atau olive oil (untuk menumis)
5sudu besar tomato puree ( saya guna separuh botol Kimball spaghetti mushroom sauce)
300 g daging atau ayam
2 biji tomato (dipotong dadu)
1sudu kecil lada hitam (ditumbuk atau kisar kering)

White sauce (sos putih)
4sudu besar butter
3sudu besar tepung gandum
4cawan fresh milk
Garam secukup rasa
1sudu kecil lada hitam
1sudu kecil oregano atau basil

Cara-cara menyediakan Sos Daging.
  1.  Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu
  2.  Masukkan daging.
  3.  Masukkan tomato puree atau spaghetti sauce.
  4.  Tambahkan 1cawan air untuk didihkan kuah.  Tunggu hingga mendidih.
  5.  Masukkan tomato dadu.
  6.  Masukkan lada hitam.
  7.   Masak hingga sedikit pekat.

***Kalau guna spaghetti sauce saya tak letak garam sebab makanan dalam tin sangat tinggi kandungan garam dan sudah cukup masin.

Cara-cara menyediakan Sos Putih.

1)      Panaskan periuk, cairkan butter.
2)      Masukkan tepung gandum, masak dan sentiasa kacau selama 3minit. (supaya tepung tidak terasa mentah). Gunakan api sederhana.
3)      Masukkan susu segar sedikit demi sedikit sambil terus kacau bahan-bahan dalam periuk.
4)      Masukkan garam, lada hitam dan oregano.
5)      Kacau sehingga pekat.

So the steps to make lasagna is very easy.
  1. Rebus lasagna sheets macam rebus pasta biasa.
  2. Panaskan oven 250 degree celcius.
  3. Sapukan sedikit butter di atas dulang.
  4. Ratakan sos daging untuk lapisan pertama, kemudian susun kepingan lasagna.
  5. Kemudian ratakan lapisan kedua sos daging, diikuti white sauce, seterusnya susun kepingan lasagna. (selang seli sos daging, white sause dan lasagna)
  6.  Ulang langkah 3 dan  4 hingga tiga atau empat lapisan.
  7.  Akhir sekali, taburkan cheese as much as you want.
  8.  Tutup dulang dengan aluminium foil, masak selama 30 minit.
  9. Minit ke 30, keluarkan dulang dan buka aluminium foil. Masak lagi selama 10 minit.
  10. Okay, siap!

P/s:  Yes, I made my own white sauce because I found it easy to make and I wanted to reduce the use of MSG, sodium etcetra from the canned food. You can always use PREGO CARBONARA SAUCE as your white sauce.

The white sauce was a bit too thick, so try to make it lighter -easier to spread them.
(sos putih saya agak pekat, kalau cair sedikit lebih mudah untuk diratakan)

One layer after another
( selang seli sos daging, sos putih dan lasagna sheets)

Cheese topping

Bon appetite! *nyam nyam*
Regards,

Nabilah :)

Family Getaway - Park Royal Penang

Today is the first day of school after a week of heaven-like school holiday. I'm still having Sunday blues. Hehe. Hai tak sangkalah, kalau jadi teacher pun, bila nak start school perasaan tetap sama macam dulu-dulu masa sekolah (read: still in holiday mood).

I did settled a few things during the holidays, marking test papers, decorated some wedding hantaran for a friend's wedding (Happy :D) and the best was my family gathering in Penang. ^__^ It was a short 2 days-one night stay at Park Royal Hotel, Batu Feringgi but we really enjoyed out times together. Oh lovely sisters I love you! I did prepare some lasagna, Angah brought cucoq udang and Along brought potato salad. Not to forget Mommy's best home made dishes and we had our 'picnic' in Park Royal. Hehehehe :)

The only thing that was not fun... because my Abang wasn't there to join us, as he got some out-of-the-station job. It's okay though, I understand and will always do! :D 

Feringgi is about 1hour 30minutes drive from my hometown, and we went there frequently and we always loved to be there! Maybe it's because of the beaches, the shore activities, the lovely hotels and the shopping- friendly environment (Ehhh?)

Park Royal is ranked at number 3 out of 11 hotels in Feringghi by the Tripadvisor. My family had been here for two times, and we returned to Park Royal because of the fantastic experience we always had. Of course there are more hotels and you can always check on line before you start your trip.

The hotel is situated by the beach (this is what I loved most) and you can always choose for a seaview, hillview or building view (haha) room. Breakfast was great and we sat and ate until we were bursting. There are variety selection of food and I always loved the pancakes and the omelette plus the fresh fruit and vegetable juices you can request.

The hotel pool was fantastic and it has two pools basically, and if I were not mistaken the first pool was for those with the swimsuit while the other one was for those who doesn't have the proper swimwear. So we can always go and swim happily :)

There is also a play room for children which is the Koko Kids Club where the hotel's staff arranged some activities for the kids in the club. So you can always take your baby and kids there to do some craft and enjoyable activities.

For me, what I loved most about Park Royal is the beach activities and the night souq which is situated along the roadside of the hotel. At the beach you can try to go on the Banana Boat, jet ski, parachute and other coastal ride they have. At night, you can have a nice night walk while shopping at the night souq :)

Breakfast - semua dah kekenyangan tapi tak mau bergerak :)

Relaxing

Darling sisters ^_^

Bye bye Penang, we are looking forward to see you again soon, InsyaAllah :)




Saturday, March 3, 2012

Chocolate Chip Muffin :)

Assalam.

Alhamdulillah semalam saya berjaya memulakan misi pertama untuk start baking. Yes, I love cooking and baking too :) So, semalam sebelum Abang pergi kerja, saya berjanji,

"Petang ni Abang balik kerja, kita makan muffin okay :)"

Sebab bila dah janji mesti akan berusaha untuk tepati. 

Semangat saya untuk mula baking tercetus daripada kakak saya, siapa lagi kalau bukan the cute Puan Anisjazz @apronhanis.blogspot.com. So, i decided to try the marble choc chip muffin from her blog. Tapi, disebabkan saya tak cukup bahan iaitu pewarna oren, jadi saya modified the recipe menjadi choc chip muffin only. Hehe so lovely!

Saya ambil recipe daripada original owner iaitu Kak Naz @ http://ovenkecil.blogspot.com. Resipinya saya copy paste di bawah.

MUFFIN MARBLE COKLAT CHIP

SUMBER : Puan Ruhaya Abdul Rahman

Bahan-bahan :
  • 100 gm butter
  • 120 gm tepung gandum ATAU tepung naik sendiri(kalau pakai tepung ni, tak payah letak baking powder)
  • 1 sudu teh baking powder
  • 80 gm gula halus
  • 60 ml susu segar
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1/2 sudu teh coklat emulco
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • Pewarna kuning (Naz guna pewarna oren)
Cara-cara :
  1. Ayakkan tepung bersama baking powder.
  2. Pukul butter hingga kembang dan masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati. (Naz pukul guna whisk jer).
  3. Masukkan telur dan esen vanilla dan pukul 2 minit.
  4. Masukkan tepung berselang-seli dengan susu segar. Gaul guna senduk kayu atau whisk bagi sebati.
  5. Bahagi adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian diwarnakan dengan pewarna kuning dan 1 bahagian lagi ditambah serbuk koko serta coklat emulco-kacau sebati.
  6. Sudukan ke dalam papper cup 3/4 penuh dan taburkan coklat chip.
  7. Bakar 30 minit pada suhu 180 C atau mengikut oven masing-masing. (Naz bakar dalam oven yang dipanaskan pada suhu 175 C selama 20-25 minit). 
Okay, disebabkan saya sangatlah bersemangat dan mempunyai zero pengalaman baking, maka semasa saya dengan bangga melihat hasil muffin saya di dalam oven, suami saya yang baru pulang dari kerja pun berkata, 

" Sayang letak baking powder tak?"

Huhuhu, jawapanya ialah tidakkkkk -_-

Ya, saya terlupa letak baking powder ( how on earth? ). Dan mungkin suami saya perasan sebab muffin saya tak naik dengan elok.

Apapun, we were both very happy and still enjoyed my first muffins yummily. Mashallah, muffin ni memang lembut dan sedap. ( bukan puji diri sendiri, tetapi puji tuan punya yang mencipta resipi ini ^_^). Thank you!!


Here we go into the oven!


Freshly baked muffins :)

Nyummy, it's so soft and lovely ^-^

With hugs and kisses ;)




That's all for now.

Regards,

Mrs. Meow :)





 

Friday, March 2, 2012

A Teacher I Am (Part 3)

Assalam.

Semasa saya baru memulakan perjalanan saya dalam bidang pendidikan ini, saya tercari-cari apakah 'method' paling sesuai untuk mendidik murid-murid saya. Minggu pertama saya di sekolah, memang saya hampir putus asa. Setiap hari selepas pulang dari sekolah saya akan berkata kepada diri saya,

" I'm indeed not into this, I'm just not born to be a teacher"

Saya  berkata kepada kepada suami saya, 

" Nak berhenti kerja, memang tak boleh. Susah la mengajar ni. It's not just teaching, tapi macam mana nak handle budak-budak. You are a lecturer, you will never understand. Hanya orang yang jadi cikgu sahaja yang tau. Pandai-pandai la siapa yang kata mengajar ni senang. It's so challenging".

Setiap bulan saya berazam mahu berhenti kerja.


Saya download beberapa siri "Supernannny" untuk melihat bagaimana Supernanny menguruskan "super naughty kids". Saya mengajar tahun 3, jadi mungkin teknik yang digunakan boleh saya aplikasikan di dalam kelas.

I even made notes and refer to them in class. Haha :D

First thing first, set classroom rules.
Give warning in a low tone voice, with eye contact.

" Please stop that behaviour, it's not acceptable"

Come down to their level and say; 

"That's not acceptable, I want you to go and stand at the naughty corner".

Naughty corner:

1) Come down to child's level.
2) Make eye contact.
3) Use authoritative voice.
4) Send child to the naughty corner.
5) Get child to apology.

Saya mencuba teknik 'Set the class rules'. Saya membuat perjanjian dengan pelajar. Siapa yang melanggar peraturan kelas ini, akan dihantar ke 'Naughty Corner'. Tetapi saya hanya mampu mengamalkan teknik ini selama dua hari, kerana hari berikutnya murid-murid saya seolah-olah 'gembira' dan berbangga untuk berada di 'sudut nakal' ini. Ya, kerana mereka seolah-olah mendapat green light untuk tidak belajar dan tersengih-sengih di hadapan kelas. Rakan-rakan lain juga tidak fokus belajar kerana seronok melihat rakan mereka yang didenda di hadapan. Malah teknik ini tidak praktikal bagi saya kerana dalam satu masa mungkin ada lima orang pelajar (terutamanya lelaki) yang sengaja membuat 'onar', dan beramai-ramai memeriahkan 'naughty corner' ini. Wah seronoknya, sudahlah tak perlu buat kerja sekolah, boleh sembang-sembang di depan, boleh dapat perhatian cikgu dan kawan-kawan lagi.

Adusss... saya mati akal lagi.

Seterusnya, saya melihat dan mahu belajar dengan cara guru-guru di sekolah saya mendidik. Semuanya mempunyai cara tersendiri, kebanyakkannya memberi saranan kepada saya untuk;

"Mesti garang dan tegas terhadap pelajar-pelajar".

"Kalau garang, baru budak-budak takut".

Ya, saya tahu itu, tetapi pasti ada cara yang lebih baik. Saya juga ada satu lagi perasaan terbuku di hati. Saya juga pernah menjadi pelajar, sekolah rendah, sekolah menengah, dan di universiti. Dan saya masih ingat, masih segar di ingatan saya, siapa dan bagaimana guru yang menjadi kegemaran saya. Bukanlah saya mahu menilai guru-guru saya, tetapi setiap daripada kita pasti mempunyai guru yang paling kita admire dan suka :) Saya kurang suka guru yang garang. Saya kurang suka guru yang suka menjerit. Saya kurang suka guru yang emosi. Yang suka merajuk. Bukan kerana apa, kerana saya rasa saya tidak dapat belajar dengan baik jika berada dalam suasana tertekan dan ketakutan. Maka, saya tidak mahu menjadi guru yang sebegitu kepada pelajar-pelajar saya. Huhuhu ;(

Maka pencarian saya diteruskan. Sehinggalah beberapa hari lalu, selepas empat bulan bergelar guru, Allah mempertemukan saya dengan blog Cikgu Khairulaniza dan blog Ustazah-Engineer. Alhamdulillah, Alhamdulillah. Saya yakin, saya sudah bertemu dengan apa yang saya cari selama ini. MashaAllah, tanpa saya sedari inilah contoh pendidik terbaik kepada semua, siapa lagi kalau bukan Rasulullah SAW yang kita cintai. Allah Allah seronoknya saya apabila membaca laporan Cikgu Khairulaniza dan Ustazah Nurhidayah yang mendorong anak-anak didik mengikut teknik Nabi Muhammad SAW. Semoga Allah merahmati mereka atas perkongsian yang menarik dan bermanfaat :)

Regards, 

Teacher Nabilah ^_^









Monday, February 27, 2012

A Teacher I Am ( Part 2 )

Assalam.

Spread love everywhere you go: First of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbor... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm saying. 
                                                                                                                                         Mother Teresa

Minggu lalu, pembacaan saya melalui buku Chicken Soup for the Soul seperti yang pernah saya sebutkan dalam entri sebelum ini menemukan saya dengan kata-kata ini. Cerita pendek yang pertama dalam buku tersebut menceritakan tentang kajian seorang professor terhadap 200 orang pelajar yang dikategorikan sebagai pelajar 'kelas corot'. Selepas 25 tahun, kertas kajian tersebut diteliti semula oleh seorang professor yang lain untuk melihat bagaimanakah keadaan pelajar-pelajar tersebut. Keputusannya, 176 daripada 200 pelajar tersebut adalah orang-orang yang sangat berjaya, ada diantara mereka yang menjadi peguam, doktor, ahli perniagaan dan lain-lain. Apakah rahsia di sebalik kejayaan mereka? Jawapannya adalah seorang guru perempuan. Apabila ditanya kepada guru tersebut apakah formula magisnya? Beliau menjawab, " Mudah sahaja... Saya menyayangi mereka". ( It's very simple... I loved those boys)

Oh, that simple? Saya pula yang bertanya kepada diri saya. :D

Berbekalkan kepada kisah ini, keesokkan harinya saya memulakan semangat baru untuk menyebarkan "cinta" dan "sayang" kepada pelajar-pelajar saya. Tetapi bagaimana? Oh!!

Saya memulakan percubaan pertama saya di kelas 5 Al-Afghani untuk mata pelajaran Al-Quran dan Tajwid. Mereka adalah pelajar yang cemerlang, bukan pelajar kelas corot. Tetapi, mereka adalah pelajar pandai yang banyak karenahnya :) Selepas membuat tilawah Al-Quran secara beramai- ramai, saya memanggil pelajar secara individu untuk memeriksa bacaan mereka.  Kerana kesuntukan masa, target saya hanya untuk memanggil dua orang pelajar yang kurang lancar bacaan mereka, supaya saya dapat beri penumpuan lebih. Pelajar pertama pilihan saya adalah Husnina, pelajar yang baik dan bersopan santun. Husnina memulakan bacaannya, sambil saya memperbetul bacaannya. Selesai mendengar bacaannya, saya berkata kepada Husnina.

"Husnina tau tak kenapa Muallimah panggil Husnina mai baca kat depan ni, tak panggil orang lain?" saya memulakan bicara.

Husnina hanya menggeleng.

" Sebab Muallimah sayang dekat Husnina. Muallimah tahu Husnina pelajar yang bijak dan rajin. Kalau Husnina tambah lagi usaha, rajin membaca berulang-ulang, Muallimah yakin bacaan Husnina akan bertambah baik dan bagus."

Husnina tersenyum, kemudian pulang ke tempat duduknya.

Hari berikutnya, semasa sesi hafazan surah Yaasin, Husnina menjadi pelajar terawal yang saya panggil untuk tasmi'. Saya agak risau kerana berbanding rakan-rakannya Husnina agak ketinggalan. Ada pelajar sudah sampai ayat ke 50, tetapi Husnina masih tidak sampai 10 ayat.

Selepas mendengar hafazannya yang tersekat-sekat, saya menulis buku rekod hafazannya sambil berkata.

"Muallimah sayang dengan Husnina. Muallimah yakin Husnina dapat hafal lebih banyak lagi. Kalau Husnina tingkatkan usaha, lebih rajin menghafal, mengulang banyak kali, insyaAllah Husnina akan lebih cemerlang. Boleh tak minggu depan Husnina tambah lagi lima ayat? Boleh insyaAllah kan?".

Husnina menggangguk.

Minggu berikutnya, semasa sesi hafazan, saya mendengar hafazan Husnina. Hafazannya lancar. Memang tidak sama dengan minggu-minggu sebelumnya. Husnina berjaya menambah ayat bacaannya sebanyak tujuh ayat. Melangkaui target yang saya tetapkan!

"MashaAllah, hebatnya Husnina hari ini. Husnina berjaya hafaz tujuh ayat, hafazan juga lancar. Very very good!" saya meluahkan rasa gembira.

Pada masa yang sama, hati saya berbunga-bunga. Alhamdulillah, Husnina sudah mendapat momentum kecemerlangannya. 

Alhamdulillah, saya juga mendapat momentum baru untuk terus menyebar "sayang" kepada pelajar-pelajar saya.

"Spread love everywhere you go" :)

Regards,

^_^






Custom Search