CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, February 27, 2012

A Teacher I Am ( Part 2 )

Assalam.

Spread love everywhere you go: First of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbor... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm saying. 
                                                                                                                                         Mother Teresa

Minggu lalu, pembacaan saya melalui buku Chicken Soup for the Soul seperti yang pernah saya sebutkan dalam entri sebelum ini menemukan saya dengan kata-kata ini. Cerita pendek yang pertama dalam buku tersebut menceritakan tentang kajian seorang professor terhadap 200 orang pelajar yang dikategorikan sebagai pelajar 'kelas corot'. Selepas 25 tahun, kertas kajian tersebut diteliti semula oleh seorang professor yang lain untuk melihat bagaimanakah keadaan pelajar-pelajar tersebut. Keputusannya, 176 daripada 200 pelajar tersebut adalah orang-orang yang sangat berjaya, ada diantara mereka yang menjadi peguam, doktor, ahli perniagaan dan lain-lain. Apakah rahsia di sebalik kejayaan mereka? Jawapannya adalah seorang guru perempuan. Apabila ditanya kepada guru tersebut apakah formula magisnya? Beliau menjawab, " Mudah sahaja... Saya menyayangi mereka". ( It's very simple... I loved those boys)

Oh, that simple? Saya pula yang bertanya kepada diri saya. :D

Berbekalkan kepada kisah ini, keesokkan harinya saya memulakan semangat baru untuk menyebarkan "cinta" dan "sayang" kepada pelajar-pelajar saya. Tetapi bagaimana? Oh!!

Saya memulakan percubaan pertama saya di kelas 5 Al-Afghani untuk mata pelajaran Al-Quran dan Tajwid. Mereka adalah pelajar yang cemerlang, bukan pelajar kelas corot. Tetapi, mereka adalah pelajar pandai yang banyak karenahnya :) Selepas membuat tilawah Al-Quran secara beramai- ramai, saya memanggil pelajar secara individu untuk memeriksa bacaan mereka.  Kerana kesuntukan masa, target saya hanya untuk memanggil dua orang pelajar yang kurang lancar bacaan mereka, supaya saya dapat beri penumpuan lebih. Pelajar pertama pilihan saya adalah Husnina, pelajar yang baik dan bersopan santun. Husnina memulakan bacaannya, sambil saya memperbetul bacaannya. Selesai mendengar bacaannya, saya berkata kepada Husnina.

"Husnina tau tak kenapa Muallimah panggil Husnina mai baca kat depan ni, tak panggil orang lain?" saya memulakan bicara.

Husnina hanya menggeleng.

" Sebab Muallimah sayang dekat Husnina. Muallimah tahu Husnina pelajar yang bijak dan rajin. Kalau Husnina tambah lagi usaha, rajin membaca berulang-ulang, Muallimah yakin bacaan Husnina akan bertambah baik dan bagus."

Husnina tersenyum, kemudian pulang ke tempat duduknya.

Hari berikutnya, semasa sesi hafazan surah Yaasin, Husnina menjadi pelajar terawal yang saya panggil untuk tasmi'. Saya agak risau kerana berbanding rakan-rakannya Husnina agak ketinggalan. Ada pelajar sudah sampai ayat ke 50, tetapi Husnina masih tidak sampai 10 ayat.

Selepas mendengar hafazannya yang tersekat-sekat, saya menulis buku rekod hafazannya sambil berkata.

"Muallimah sayang dengan Husnina. Muallimah yakin Husnina dapat hafal lebih banyak lagi. Kalau Husnina tingkatkan usaha, lebih rajin menghafal, mengulang banyak kali, insyaAllah Husnina akan lebih cemerlang. Boleh tak minggu depan Husnina tambah lagi lima ayat? Boleh insyaAllah kan?".

Husnina menggangguk.

Minggu berikutnya, semasa sesi hafazan, saya mendengar hafazan Husnina. Hafazannya lancar. Memang tidak sama dengan minggu-minggu sebelumnya. Husnina berjaya menambah ayat bacaannya sebanyak tujuh ayat. Melangkaui target yang saya tetapkan!

"MashaAllah, hebatnya Husnina hari ini. Husnina berjaya hafaz tujuh ayat, hafazan juga lancar. Very very good!" saya meluahkan rasa gembira.

Pada masa yang sama, hati saya berbunga-bunga. Alhamdulillah, Husnina sudah mendapat momentum kecemerlangannya. 

Alhamdulillah, saya juga mendapat momentum baru untuk terus menyebar "sayang" kepada pelajar-pelajar saya.

"Spread love everywhere you go" :)

Regards,

^_^






A Teacher I Am ( Part I )

Assalam. 

Beberapa hari kebelakangan ini, setiap hari saya akan membaca beberapa 'short stories' daripada Chicken Soup for the Soul, 101 Stories to Open the Heart and Rekindle the Spirit. I believe that it is an interesting book, so I decided to read it bit by bit, rather than finishing up the whole readings at one time. This is to ensure that everyday I have something good to munch for fun :)

Sebagai seorang yang bergelar guru ( walaupun baru 4 bulan to be precise), hampir setiap hari saya akan berfikir, apa yang saya akan lakukan pada hari esok. Setiap hari, selepas sekolah saya akan mula berfikir, apa yang akan saya 'hidangkan' kepada para pelajar saya apabila bertemu mereka keesokan harinya. Bukan sekadar menyediakan Rancangan Pengajaran Harian untuk P&P, tetapi apa yang akan saya lakukan untuk mengawal emosi, enkuiri, tingkah laku, akhlak dan melayan kehendak mereka yang sedang membesar ini. Oh bagi saya kerjaya guru memang sangat mencabar!

Ya, memang saya rasa penat. Setiap hari saya akan pulang ke rumah, kadang-kadang dengan wajah ceria, dan kadang-kadang dengan wajah yang kononnya letih dan tidak ceria. Setiap petang semasa makan malam selalunya saya akan mula bercerita kepada suami, kisah 'keletihan' saya bekerja melayan murid-murid tanpa memikirkan suami saya juga pasti ada lebih banyak perkara yang memenuhi jadual kerjanya. Hohohoho :D

" Abang tau dak hari ni budak-budak tu buat apa.... bla... bla... potpet... potpet...", till the end of the story.

Saya selalu berkata kepada diri saya;
A true teacher tidak akan pernah berasa letih dengan pelajar-pelajarnya.

A true teacher tidak akan mudah berputus asa hanya kerana pelajar-pelajarnya membuat bising di dalam kelas, tetapi bijak untuk mengawal keadaan bahkan mencipta suasana yang menghiburkan!

A true teacher tidak akan pernah berasa bosan mendidik anak didiknya. Apatah lagi visi sekolah saya adalah " Melahirkan generasi soleh wa musleh", "Membina insan Rabbani". MashaAllah tabarakallah, apakah ini belum cukup memotivasi untuk meyakinkan saya bahawa kerjaya guru ini sungguh mulia dan suatu Jihad menyampaikan ilmu.

Am I not a true one??

Kata adik saya, "You have to do it with all your heart. Kena bersungguh-sungguh".

Adakah saya masih belum cukup bersungguh-sungguh?

(a_a)

Regards,

Teacher Nabilah ^_^






Saturday, February 25, 2012

Muhasabah Cinta

Saya memerhatikan pakcik tersebut dari dalam kereta. Berbaju Melayu, berkopiah putih, berkain pelekat kotak-kotak dan memegang payung dalam suasana hujan yang semakin lebat. Pakcik ini dengan sabar dan berhati-hati, menoleh ke kiri... ke kanan. Menanti kereta yang bergerak ke hulu dan ke hilir. Sejenak kemudian berjaya melintas jalan yang tidak pernah lengang.  Saya tahu pakcik ini destinasinya ke mana, ke masjid di seberang jalan. 

MashaAllah, bertuahnya pakcik ini. Hidupnya pasti penuh keberkatan rezeki dan masa. Bertuahnya dia menghitung pahala setiap langkahnya ke masjid di akhirat nanti. Saya menyimpan cemburu di hati.

Saya masih di dalam kereta, sebentar kemudian melewati kawasan masjid yang kian sesak, dengan kereta. MashaAllah, bertuahnya semua manusia yang berpusu-pusu ke masjid ini. Malam ini bukan malam Jumaat.  Malam ini bukan malam sambutan MaulidurRasul. Tapi kesesakan masjid ini tetap sama hampir setiap hari. MashaAllah bertuahnya kesemua jemaah masjid yang berebut-rebut menjadi tetamu Allah. Saya makin cemburu.

Mereka pasti jemaah yang istiqamah.
Mereka pasti jemaah yang diberi hidayah Allah.
Mereka pasti jemaah yang hatinya bertaut dengan rumah Allah.
Mereka pasti jemaah yang hidupnya diselubungi barakah.

Kenapa saya harus cemburu, sedangkan rumah Allah ini sentiasa terbuka untuk semua. Peluang saya dan mereka sama sahaja. Justeru selepas pulang ke rumah untuk bersiap-siap, saya dan suami kembali ke masjid ini, yang hanya 1km dari rumah kami. Alhamdulillah, dapat juga menjadi tetamuNya pada malam ini. Dengan izin, hidayah, keberkatan masa yang Allah beri.

Semasa bersolat, saya berdiri di sebelah seorang ibu bersama tiga orang anaknya. Si bongsu berusia 1tahun saya kira. Kanak-kanak ini duduk di hadapan ibunya. Kadang-kadang merangkak ke hadapan saya. Namun, seusai solat saya memegang tangan si kecil ini dan mengusap-usap kepalanya. Saya mahu memberi isyarat kepada ibunya, bahawa saya tidak kisah dengan anak kecilnya yang mungkin dianggap mengganggu ibadah saya. Saya tidak rasa terganggu. Malah saya berbangga dan cemburu dengannya. 

Ya, ibu ini yang melapangkan dadanya, meyakinkan dirinya bahawa anak-anak sekecil ini memang perlu dilatih untuk mendekati masjid. Biarlah masjid menjadi tempat permainannya, tempat sebahagian masa tumbesarannya berlaku, tempat anak-anak mendapat kenalan-kenalan baru dan pengalaman bersosial. Mengapa saya berpandangan begini, kerana saya juga diberi pendidikan yang sama oleh ibu bapa saya. Yang tidak risau membawa anak-anak ke masjid, kerana mereka tahu itu adalah satu bentuk pendidikan dan pertarbiahan. Semoga Allah merahmati ibu bapa saya.

Saya ini bukan seorang ahli masjid. Namun saya akui tautan hati terhadap rumah Allah ini sentiasa ada. Saya masih ingat antara masjid yang sangat saya rindui dan pasti akan rindui sampai bila-bila ialah Masjid Sultan Ahmad Shah, UIA Gombak. MashaAllah, sesiapa sahaja yang pernah berada di sana pasti memahami kecintaan saya ini. Terutama di bulan Ramdhan, memang tiada kata dapat diungkapkan. Peluang dan perasaan itu adalah anugerah Allah untuk warga Taman Ilmu dan Budi :)

Sekarang ini, kecintaan baru saya adalah di masjid sekolah saya, Sekolah Rendah Al-Azhar, Jitra. Ya, sekolah saya adalah sebuah sekolah persendirian yang terletak di celahan pohon-pohon getah, sekolah yang sedang membangun dan serba sederhana. Tetapi, keistimewaannya adalah ia mempunyai sebuah masjid yang cukup luas dan cantik untuk menampung pelajarnya. Ya, sebuah masjid, yang boleh kita beriktikaf di dalamnya. MashaAllah, inilah antara sebab saya masih 'terikat' untuk tidak mencari pekerjaan yang baru kerana masih belum bersedia untuk meninggalkan sebuah kehidupan yang boleh saya katakan diselubungi keberkatan dan biah solehah di dalamnya, dengan izinNya.

Oh, entri ini adalah satu muhasabah dan peringatan untuk diri saya sendiri.

Semoga kita semua sentiasa dikurniakan keberkatan masa untuk berkunjung ke rumahNya. Seandainya kita sentiasa ada masa untuk pergi membeli belah barang seharian, begitu juga kita pasti ada masa untuk mengumpul saham di akhirat nanti. Barakallahu fiikum :)

Regards,

Mrs Meow :)

Custom Search