CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, May 29, 2011

Jalan-Jalan Gunung Jerai, Kedah

 [Baru jer hujan berhenti turun. Jalan masih lagi basah]

Sekali sekala terasa teringin untuk berada di awanan. Suatu hari dalam perjalanan ke Alor Setar, tiba-tiba kami telah nekad membuat keputusan untuk berada di Puncak Gunung Jerai. Gunung Jerai terletak di Gurun boleh dikatakan gunung tertinggi antara Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

Walaupun begitu, suasana di Gunung Jerai tidak seperti di gunung-gunung dan bukit-bukit yang lain seperti Cameron Highland atau Genting Highland. Puncaknya hanya dilitupi dengan angin segar yang kering dan tidak basah. Pemandangannya sangat indah apabila anda dapat melihat bumi Kedah menghijau dengan sawah padinya. Namun tiada sebarang kedai untuk jual beli sayur-sayuran dan sebagainya seperti Cameron Highland. Tiada juga taman tema permainan seperti Genting Highland. Yang ada di atasnya ialah resort untuk penginapan dan dewan seminar untuk kursus.

Bagi mereka yang minat kepada lokasi yang tinggi dan suasana damai tanpa sebarang gangguan, anda boleh menetap di The Regency Jerai Hill Resort. Bilik untuk Superior Room bernilai RM240. Kalau dah sampai di Kedah, sebaiknya cuba singgah di Gunung Jerai.


[Bunga yang segar di puncak gunung]

[kenangan di hadapan Jerai Hill Resort- Tak pi tidoq pun]

Friday, May 27, 2011

Salam Kelahiran Dart!


Kami ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Muhammad Haidar Badarulzaman yang ke-24. Semoga terus sukses di setiap lapangan. Sanah Helwah Ya Akhuya! Kullu 'Am Wa Nta ila Allahi Aqrab.

Thursday, May 26, 2011

Ahlan Wasahlan Kepada Mak Ayah ke Teratak Jitra!

Kami merafakkan setinggi kesyukuran kerana Allah masih lagi memberikan keizinan untuk kami dan anda semua menghirup udara segar di bumi Allah. Kita seharusnya melafazkan rasa syukur kepada-Nya dengan memperbanyakkan amal ibadah dalam perjalanan bertemu Khalik yang masanya hanya dalam ilmuNya. Alhamdulillah, sepanjang keberadaan kami di bumi Jitra setelah merantau di Ibu Kota Kuala Lumpur selama dua tahun, kami menerima pelbagai kunjungan dari kalangan keluarga, sanak saudara dan sahabat handai.

Entry kali ini akan dikongsikan juadah yang sempat Nabilah sediakan sendiri (tak beli dari kedai) untuk menyambut kedatangan mak, ayah dan keluarga dari Bedong. Juadah ini disajikan untuk meraikan kehadiran mereka yang sudi bermalam di teratak kami (house warming) dan juga mengalu-alukan kedatangan Adik Hanis (pelajar UIA Kuantan) yang buat pertama kalinya menjejakkan kaki di bumi Jalan Golf dan Country Club ini. Masakan ini disediakan dalam lima jenis hidangan. I'allah di entry akan datang, akan kami kepilkan resipi sajian dalam menyediakan juadah untuk keluarga dan rakan-rakan.

Masakan ini disediakan dalam enam jenis hidangan.Hidangan tersebut:

1. Siakap Sweet Sour
2. Sotong Goreng Tepung
3. Sayur Sawi Campur
4. Daging Cicah Air Asam
5. Sayur Kentang  Tomato
6. Udang Masak Sambal (tiada dalam gambar)



[Juadah untuk keluarga. Nak cuba? Mailah ke rumah]

[Western Food already served]

[Sayur Sawi Campur-kegemaran ayah]

[Daging untuk dicicah air asam]

[Sotong goreng tepung bersalut thousand island]

[Menu Breakfast-Durian semangkok, Nasi Goreng Telur Dada dan Roti Kaya]

Monday, May 23, 2011

Berjalan-jalan di Langkawi Pulau Lagenda

Salam ceria kepada semua pembaca budiman! Kali ini kami akan berkongsi dengan anda tentang percutian kami semasa berseminar untuk Langkawi Islamic Finance Economics Conference (LIFE) yang bertempat di Meritus Pelangi Beach Resort and Spa yang terletak di Pantai Chenang, Pulau Langkawi pada tahun lalu (Disember, 2010).

Perjalanan Ke Pulau Langkawi
Terdapat tiga cara untuk anda semua sampai di Pulau Langkawi. Pertama, perjalanan anda boleh bermula melalui laluan penerbangan. Tetapi tiket penerbangan boleh didapati daripada LCCT, KLIA dan Pulau Pinang. Anda tidak boleh menaiki penerbangan daripada Alor Setar.

Kedua, anda boleh menaiki feri daripada jeti Kuala Kedah yang terletak berhampiran Alor Setar, Kedah. Perjalanannya memakan masa hampir 1jam 30minit-2jam. Bagi yang tidak tahan menaiki feri, anda dinasihatkan untuk terus tidur apabila menaiki feri atau mendengar lagu MP3 daripada HP, Android, Ipod, Ipad dan sebagainya.

Ketiga, anda juga boleh menaiki feri daripada jeti Kuala Perlis yang terletak di Perlis. Perjalanannya memakan masa hampir 1jam sahaja. Perlu diingat apabila anda meletak kenderaan di jeti Kuala Kedah atau Kuala Perlis, anda perlu parking kereta di tempat yang disediakan dan anda akan membayar parking tersebut yang harganya dalam RM8-RM10. Perjalanan dari Alor Setar untuk Ke Kuala Perlis memakan masa hampir 45minit. Bahkan anda juga boleh menaiki feri bermula dari Pulau Pinang dan Satun (Thailand). Harga tiket feri seperti berikut:

Kuala Perlis- RM18.00
Kuala Kedah- RM23.00
Penang- RM60.00
Satun- RM23.00

Anda juga dinasihatkan untuk menyewa kerata kerana memudahkan perjalanan anda ke mana-mana. Sewa kereta adalah sekitar RM60 hari biasa dan RM90 hari cuti untuk sebuah kancil.

Tempat Penginapan
Kami telah ditempatkan di satu bilik besar berhadapan tasik yang harganya RM631 untuk dua malam di Meritus Pelangi Beach Resort and Spa yang terletak di Pantai Chenang, Pulau Langkawi. Hotel ini sangat selesa kerana telah dilengkapi dengan segala kemudahan asas. Walaupun begitu, percutian di hotel ini bagi kami lebih layak untuk mereka yang mempunyai pendapatan tinggi kerana hampir kemudahan yang ingin digunakan perlu kepada bayaran dan caj. Bayangkan apabila kami nak menggunakan wifi di bilik, bayaran dikenakan sebanya RM 24. Itu tidak termasuk lagi bayaran untuk air dalam Minibar. Air mineral di sana cajnya RM 12 (mineral luar negara). Apapun yang berlaku,  hotel itu tetap mantap sehinggakan nak bergerak dari bilik hanya call buggy untuk datang. Betapa malasnya nak berjalan.

Disebabkan beberapa tempat yang tidak sempat dikunjung kerana  seminar yang panjang bermula pagi hingga petang, maka kami menetap di dua hotel iaitu De Baron Hotel di Pekan Kuah dan Aseania Hotel yang terletak di hadapan persimpangan Pantai Chenang. Hotel De Baron adalah hotel baru berhadapan laut di Kuah. Suasana petang di sana sangat damai dan indah. Harganya pun agak murah iaitu RM 160 semalam. Namun Hotel Aseania hanya terletak di persimpangan Pantai Chenang dan tidak menghadap laut. Harganya turut sama iaitu RM160. Hotel tersebut hanya memuaskan berbanding dengan kecantikan Hotel De Baron. Kami cadangkan agar anda menginap di De Baron Hotel kerana sangat dekat dengan Pekan Kuah, Jeti dan pusat membeli belah.

[bergambar kenang-kenangan di Pelangi Beach Resort and Spa Langkawi]



[Sebahagian interior dalaman Pelangi Resort]


[Anda dibekalkan bersama toothbrush, sewing kit, cotton but dan segala macam toiletries]


[dua katil double dan dua set double sofa bersama meja santai depan tasik -RM631]


[bergambar kenangan bersama Along, Lubna dan Sarah]


[breakfast di Pelangi Resort]


[Photo shot di kawasan Pelangi Resort]


[Di hadapan Hotel Aseania]

 
[Hotel De Baron, Kuah-Murah dan terbaik]

Lokasi Lawatan
Sekiranya anda berada di Pekan Kuah, anda boleh membuat lawatan di sekitar Pekan Kuah yang termasuk dalam Dataran Lang dan Muzium Langkawi (tak sempat melawat). Kemudian anda boleh terus menghala ke Pantai Chenang untuk beriadah di pantai. Anda juga boleh melawat Under Water World yang terletak di Pantai Chenang dengan harga tiket iaitu RM38.00. Tetapi tiada banyak binatang yang menarik. Nasihat kami ialah kalau anda ada wang poket lebih sila lawatinya, kalau tiada wang poket, tak ke sana pun tak rugi. Kemudian anda boleh terus singgah sebentar di pelabuhan jeti kapal-kapal layar sambil menikmati pemandangan indah di sana.


[Bersama Lubna di Pantai Chenang]

[Subhanallah, cantik sungguh ciptaan Allah-Pantai Chenang]

[Di dalam Under Water World Langkawi]

[Bergambar bersama Penyu -hidup- dan dalamtaman ]

[Hidupan ini hidupnya sentiasa berzikir]

[Under Water World]

[Candid di Jeti Kapal Layar]


[bersama Lubna]


Bermula dari perjalanan tersebut, anda boleh terus singgah di Gunung Mat Chincang untuk menaiki Kereta Kabel dan melalui Kampung Orient Langkawi di bawahnya. Harga tiket untuk kereta kabel ialah RM15. Bagi mereka yang mempunyai masalah Height Phobia adalah tidak digalakkan untuk naik kereta kabel tersebut kerana sangat tinggi dan terdapat stesen yang perlu anda naik sebelum sampai ke puncaknya. Di sana juga ada jambatan tergantung antara dua gunung (sangat menakutkan). Apabila turun dari gunung, anda juga boleh bergambar bersama ular di Kampung Orient Langkawi dengan harga RM5.


[Suasana cemas dalam kereta kabel]

[Jambatan Gantung antara Gunung Mat Chincang]

[Bergambar di puncak gunung]

[baru melepasi stesen kabel pertama antara gunug]

[Langkawi Oriental Village]

 
[Kenangan bersama ular sawa]


Setelah itu anda boleh terus singgah di Taman Buaya Langkawi yang terletak di Kubang Badak. Harga tiket masuk bernilai RM8.00. Anda dinasihatkan untuk datang pada waktu pertunjukkan buaya untuk memberikan kepuasan hati anda dengan bayaran yang agak tinggi itu.  Tidak silap hanya sejam bermula jam 10am-11am sahaja. Dalam perjalanan dari Kubang Badak, anda boleh terus mandi di Pantai Tengkorak berhampiran Muzium Ibrahim Hussin.


[Brother nie mantop bagi makan buaya sorang]

[Buaya sumbing yang satu-satunya wujud di dunia]


[Berehat selepas penat berjalan]


Pengalaman anda akan menjadi lebih indah sekiranya anda boleh menyelusuri Sungai Kilim di kawasan Langkawi Geopark. Walaupun begitu, anda akan dikenakan caj sewa bot untuk dinaiki seramai 8 orang dengan harga RM 150. Anda akan dibawa Gua Kelawar, Kolam Ikan, Memberi Makan Helang, Bersiar ke kawasan Bakau, Gua Buaya, Laut Andaman dan melihat permandangan menarik di Sungai Kilim. Kami tidak sempat untuk melewati semua ini kerana sekiranya anda datang walk in maka caj akan dikenakan berganda. Nasihat kami ialah telefon untuk tempahan bot terlebih dahulu. Dibekalkan bersama rujukan website kemudahan anda : 


[Dihadapan Taman Burung dan Taman Hidupan Liar-Tak sempat melawat]

[Di kawasan Kilim Geopark-pun tak sempat naik bot]


Tempat-tempat lain yang TIDAK SEMPAT kami kunjung ialah seperti:
Makam Mahsuri (The Tomb of Princess Mahsuri)
Pulau Payar
Atma Alam Batik
Muzium Ibrahim Hussein
Pusat Menunggang Kuda
Air Terjun Telaga Tujuh
Perkampungan Air Hangat (Hot Springs Village)
Beras Terbakar (Field of Burnt Rice)
Pantai Datai
Burau Bay
Tanjung Rhu
Galeria Perdana
Taman Burung
Muzium Laman Padi

Tempat Membeli Belah
Kalau datang ke Langkawi jangan lupa membeli barang-barang impot kerana di sini semuanya kawasan bebas cukai. Jangan lupa borong mangkuk tahan lama, tahan besi berdasarkan kemampuan. Jangan pula ikut nafsu. Kedai menarik untk beli belah ialah di Haji Ismail Group di Pekan Kuah, Idaman Suri dan Pasar Pandak Mayah. Malahan anda juga boleh ke Pekan Malam di Pantai Chenang. Banyak barang-barang menarik dan unik di sana. Tidak lupa juga Pasar Malam Kuah.


[Suasana malam yang hidup di Pantai Chenang]

[Dua beradik dalam kedai baju area Pantai Chenang]

Bajet Anda 2H1M (Suami-Isteri):

Hotel : RM 150.00
Makan : RM 50.00
Taman Buaya : RM 16.00
Kereta kabel : RM 30.00
Sewa Kereta : RM 60.00
Feri K.Perlis : RM 36.00
Parking Kereta : RM 10.00
AS-K.Perlis : RM 30.00
Souvenir : RM 50.00
JUMLAH KESELURUHAN : RM 432.00

Ini merupakan bajet cadangan paling asas (basic) untuk percutian dua hari satu malam bagi sepasang suami isteri. Jangan lupa ke Langkawi, Kedah Darul Aman.

[Makan malam kena makan Seafood]

[Perjalanan Pulang bersama barang-barang yang diborong]

Laman web menarik untuk rujukan anda:
Custom Search